Wednesday, January 20, 2021
Spread the love

30 jenis lauk enak, makan bersama tepi sawah

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

KUALA NERUS — Jika usahawan lain sedang berkira-kira tentang kerugian dalam perniagaan berikutan ekonomi tidak menentu, keadaan sebaliknya berlaku ke atas seorang pengusaha kedai makan apabila inisiatifnya ‘kembali pada masa lalu’ membuahkan hasil.

Lebih membanggakan, dua tahun lepas Kama Zakaria, 53, hanya mampu berniaga di sekitar kawasan rumah dengan meletakkan dua buah meja sahaja, namun sejak berakhirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mei lalu, perniagaannya makin mendapat sambutan.

Beliau, yang pernah mengalami kesukaran akibat hilang pekerjaan sebagai kontraktor pada 2018, menjadikan pengalaman itu untuk lebih kreatif serta menerapkan unsur tradisional dan suasana kampung bagi menjadikan kedai makan ‘Belagoangin’ lebih istimewa berbanding yang lain.

Terletak di sekitar Batu Rakit, di sini, ia dibuka pada jam 11 pagi hingga 3.30 petang setiap hari kecuali Khamis dan Jumaat. Kedudukan tempat makan di tepi sawah padi dengan beratap rumbia dan makanan dibawa menggunakan dulang buluh menjadi tarikan utama pengunjung terutama pelancong luar.

“Kalau dulu saya hanya fikirkan skop perniagaan sekadar cukup makan, sekarang amat berbeza. Kini ada lebih 30 buah meja yang memuatkan sekitar 150 orang dalam satu-satu masa. Saya juga manfaatkan media sosial sebaiknya terutama Facebook untuk menarik pelanggan luar.

“Saya ambil peluang rezeki ini dengan berkongsi bersama penduduk di sini. Saya ambil anak-anak muda tempatan bekerja dan ada juga nelayan pinggir pantai yang dapat pendapatan secara terus apabila menjual ikan untuk kedai kami,”katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Pada peringkat permulaan, Kama hanya mengusahakan kedai makan tersebut bersama isteri Wan Jasnah Wan Sulong, 46, dengan dibantu anak sulung mereka Mohd Zulhakim, 29 yang merupakan orang kurang upaya (OKU) akibat sindrom down, namun sejak pertengahan tahun lalu telah berjaya mengupah seramai 13 pekerja.

Bagi memastikan perniagaannya dapat diuruskan dengan baik, bapa kepada empat orang anak ini, bukan sahaja membantu isterinya memasak, tetapi juga membeli sendiri bahan-bahan untuk digunakan termasuk mendapatkan ikan sungai yang segar.

Ketika tinjauan Bernama, kedai makan Belagoangin menyediakan lebih 30 jenis masakan tradisional dan jarang ditemui termasuk budu goreng, gulai siput sawah, gulai kepala ikan tasik serta masak asam pedas ikan puyu.

“Nama kedai yang agak unik ini juga menjadi tarikan…kalau ikutkan dialek daerah Besut, ia bermaksud berminat dan suka. Saya juga mula buat pondok berasaskan atap rumbia akhir tahun lalu apabila berfikir bagaimana cara nak popularkan kedai makan ini.

“Sejak wabak Covid-19, makin ramai yang datang ke sini sebab tidak mampu ke luar negara. Lagipun suasana makan di tepi sawah sukar ditemui. Apabila ada pelanggan tular di media sosial, makin ramai yang hadir sampai terpaksa beratur menunggu giliran dan meja kosong,” katanya.

Ketika ditanya tentang perancangan masa depan, Kama berkata beliau berhasrat menambah baik kemudahan sedia ada dan mengindahkan keadaan sekeliling dengan pelbagai barangan tradisional supaya anak muda kini dapat mengenali budaya nenek moyang mereka.

Beliau, yang kebiasaannya memakai tanjak dan berbaju batik ketika bertugas, juga berhasrat membuka sebuah lagi kedai makan berkonsepkan tradisional di tepi sawah bagi merancakkan pelancongan di Terengganu.

Sementara itu, salah seorang pelanggan tetap sejak tahun lepas, Asmah Razak, 35, berkata beliau telah merasai pelbagai jenis masakan di kedai tersebut dan mengakui ia jarang ditemui di tempat lain terutama masakan ‘telur kerengga’ (berasaskan telur ayam dan cili) dan gulai siput sungai.

“Kalau dulu tidak meriah begini…sekadar beberapa meja sahaja, tetapi kini perlu beratur sekitar 15 hingga 20 minit untuk dapatkan meja kosong. Tetapi ia berbaloi kerana masakan di sini sedap, murah dan ada pemandangan yang menarik untuk dijadikan kenangan,” katanya. — Bernama

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -