Thursday, January 21, 2021
Spread the love

Eksport getah asli negara meningkat

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding 38,587 tan pada Jun 2020, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Destinasi utama eksport getah asli adalah China iaitu 58.9 peratus daripada jumlah eksport pada Julai 2020 diikuti Jerman (6.0 peratus), Finland (5.1 peratus), Iran (3.9 peratus) dan Taiwan (3.0 peratus).

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, stok getah asli turut mencatatkan penurunan pada Julai 2020 sebanyak 7.4 peratus kepada 235,119 tan metrik berbanding 253,994 tan metrik pada Jun 2020.

Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 24.7 peratus pada Julai 2020 kepada 41,801 tan metrik berbanding 33,531 tan metrik bulan sebelumnya manakala perbandingan antara tahun ke tahun pula menunjukkan penurunan sebanyak 30.4 peratus daripada bulan yang sama tahun sebelumnya.

“Harga purata bagi Lateks Pekat merekodkan penurunan kepada 467.20 sen sekilogram berbanding Jun 2020 (479.90 sen sekilogram).

“Sebaliknya, Getah Mutu Malaysia 20 menambah kepada 497.86 sen sekilogram daripada 484.33 sen sekg bagi tempoh yang sama,” kata beliau.

Jabatan Perangkaan Malaysia turut melaporkan bahawa penggunaan getah asli di peringkat domestik pada Julai 2020 ialah 46,844 tan metrik, meningkat 5.8 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Industri pembuatan sarung tangan getah adalah industri utama dengan penggunaan sebanyak 36,024 tan metrik atau 76.9 peratus daripada jumlah keseluruhan penggunaan domestik, katanya. -BERNAMA

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -