Monday, April 12, 2021
Spread the love

[Video] Malaysia Lokasi Seludup Rokok Haram No 1 Dunia

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Kerajaan perlu lebih serius menangani isu penyeludupan rokok haram kerana ia menyebabkan negara kehilangan hasil cukai lebih RM5 bilion setahun.

Malah, Ahli Parlimen BN Pontian, Datuk Ahmad Maslan, berkata langkah berkenaan juga perlu kerana mengikut satu kajian Malaysia kini berada pada kedudukan pertama lokasi penyeludupan rokok haram di dunia.

Justeru, Ahmad yang juga bekas Timbalan Menteri Kewangan, menegaskan beliau menyokong pindaan Akta Kastam 1967 yang antara lain untuk mengekang kegiatan penyeludupan dan mengurangkan ketirisan hasil negara.

“Secara umum saya mahu melaporkan bahawa terdapat data menunjukkan Malaysia mengalami kerugian kira-kira RM5 bilion kerajaan kebocoran cukai rokok.

“Kajian mendapati Malaysia menggunakan lebih 12.8 bilion batang rokok digunakan (dihisap) oleh rakyat negara ini setahun. Itu adalah jumlah rokok tidak sah atau seludup, manakala, rokok sah pula sebanyak 7.2 bilion batang atau dengan kata lain 64 peratus adalah rokok haram dan 36 peratus sahaja rokok sah bercukai,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (Pindaan) Kastam 2020 dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad juga melahirkan kebimbangan mengenai bahaya dan kesan negatif rokok seludup yang dijual antara RM2 hingga RM8 sekotak kepada perokok termasuk golongan pelajar sekolah di negara ini.

Malah, beliau pernah melihat sendiri ada pihak tertentu yang membungkus lima batang rokok dalam satu kotak dan dijual dengan harga cuma RM2 kepada orang awam termasuk pelajar sekolah.

“Ini amat berbahaya kerana rokok seludup berkenaan boleh dibeli oleh anak sekolah kerana dijual dengan harga RM2 sekotak. Sebab itu ada satu kajian menyebut Malaysia adalah pasaran gelap rokok paling besar di dunia.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana kebanyakan rokok seludup mempunyai kandungan nikotin dan tar lebih tinggi serta tiada tandan amaran kesihatan dan tidak mempunyai standard pengilangan seperti rokok di bawa masuk ke Malaysia secara sah.

“Justeru, saya beranggapan perkara ini adalah satu ancaman keselamatan kepada negara dan perlu ditangan secara lebih serius oleh pihak berkuasa di Malaysia,” katanya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -