Tukar hidangan nasi dengan Mi Kari – D’Famous Zul Mee Kari

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Berikan sedikit kelainan dalam menu harian hari ini. Selain nasi, apa kata mi kari tengahari ini.

Masakan mi sememangnya sinonim dalam hidangan di negara Asia selepas makanan ruji iaitu nasi. Bukan sahaja merupakan sumber karbohidrat yang bagus, malah mi juga amat mudah untuk disediakan.

Anda hanya perlu membeli mi di pasar, cuci dan celur. Sesuai sekali bagi mereka yang ingin menjimatkan masa di dapur.

Walau bagaimanapun, mi kuning kadang-kala mempunyai rasa kapur yang tidak menyelerakan. Perkara ini terjadi akibat dari cara masakan mi tersebut. Untuk mengelakkan dari perkara ini berlaku kepada anda, didihkan mi kuning sehingga timbul buih-buih dan permukaan air menjadi putih.

Langkah ini akan memastikan rasa kapur hilang dari mi. Seterusnya, rendamkan mi ke dalam air sejuk dan campurkan dengan ais untuk menghentikan proses masakan.

Mi kuning juga sedap dibuat mi kari. Jom, kita lihat resepi mi kari yang mudah dan sedap.

Bahan-bahan:

100g udang bersaiz sederhana
100g sotong bersaiz sederhana
Ayam, bahagian tulang (leher, kepak, kaki)
2-3 biji kentang, dipotong dadu
1 paket tauhu pok, dipotong dua
2 biji tomato, dipotong dadu
1 kotak kecik santan
3 sudu besar rempah kari daging
Air secukupnya
Garam dan gula, secukup rasa

Kuah

1 paket mee kuning, dicuci, dicelur dan ditoskan
1 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih
½ inci halia, dihiris halus

Bahan hiasan

Segenggam sawi, dicuci, dipotong dan dicelur
Segenggam taugeh, dicuci dan dicelur
2 biji telur rebus
1 tangkai daun sup, dihiris
1 tangkai daun bawang, dihiris
1 cili merah atau hijau, dihiris
Bawang goreng
2 biji limau kasturi, dibelah dua

Cara memasak:

Di dalam periuk, panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan rempah kari dan masak sehingga terbit minyak. Masak pada api kecil dan kacau dengan berterusan.
Tambahkan air, kacau dan biarkan mendidih.
Masukkan kentang dan bahagian tulang ayam. Biarkan masak sehingga empuk.
Kemudian, masukkan udang dan sotong dan juga tauhu pok. Biarkan mendidih.
Seterusnya, tambahkan santan dan kacau sehingga sebati. Biarkan mendidih pada api kecil sambil menggaul sekali sekali.
Akhir sekali, masukkan tomato dan tambahkan gula dan garam secukup rasa.
Biarkan mendidih untuk 2 minit dan tutup api.
Hidangkan.

Tak ada masa nak buat sendiri.. Boleh kunjungi D’Famous Zul Mee Kari Kuala Kubu Bharu
https://web.facebook.com/Dfamous-ZUL-MEE-KARI-331375357319029

spot_img