Friday, March 5, 2021
Spread the love

[Video] Empat lelaki ditahan halang tugas penjawat awam di Plaza Tol Slim River

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Empat lelaki ditahan kerana dipercayai menghalang penjawat awam menjalankan tugas di Plaza Tol Slim River, Tanjung Malim awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pada kira-kira 3.30 pagi itu, pasukan peronda polis (MPV) telah ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat mengenai kumpulan tersebut yang mabuk dan membuat bising dengan memasang muzik kuat dari dalam kereta.

“Apabila tiba di lokasi, pasukan polis telah memberi nasihat supaya keempat-empat lelaki berusia 25 hingga 41 tahun yang berada di luar kereta yang diparkir di tepi jalan beredar dan tidak membuat bising.

“Bagaimanapun, dua daripada mereka mengamuk dan menyerang anggota berkenaan dengan menolak badannya serta mengeluarkan kata-kata kesat,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, semasa kejadian, seorang daripada lelaki terbabit telah merakam video dan cuba melakukan provokasi menyebabkan pihak polis menahan mereka yang kini ditahan reman selama tiga hari sehingga Ahad ini.

Katanya, semakan rekod lampau mendapati seorang daripada mereka pernah ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1) dan Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan. – Bernama





 

- Advertisement -
- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -