Monday, January 25, 2021
Spread the love

‘UMNO diminta hantar perincian baharu kerjasama dengan PN’

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

UMNO sudah diminta menghantar surat rasmi memperincikan syarat baharu kerjasama politik yang mahu dituntut parti itu, dalam kerjasamanya dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Permintaan itu dibuat Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Perdana Menteri, menerusi Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Hamzah Zainuddin, semalam.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata permintaan itu susulan sidang video beliau dan Bendahari Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, sebagai wakil rasmi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada petang Rabu lalu.

“Pada sesi sidang video dalam talian itu, saya dan Tengku Adnan memperincikan perjanjian atau syarat baharu kepada Perdana Menteri, supaya ada penambahbaikan baharu dalam hubungan persefahaman politik antara UMNO dan PN.

“Namun, saya ingin menangguhkan penghantaran surat itu sehingga selesai Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Selasa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir di Majlis Penyampaian Bantuan kepada Mahasiswa/Mahasiswi Parlimen Pontian di Dewan Muafakat Pusat Khidmat Benut, dekat sini.

Pada Selasa lalu, UMNO dilaporkan meletakkan syarat baharu untuk meneruskan kerjasama politik dengan kerajaan PN.

Perkara itu diputuskan melalui Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur, malam Selasa lalu.

Ditanya mengenai perincian syarat atau tuntutan baharu diminta UMNO, Ahmad Maslan berkata, hanya Presiden UMNO yang boleh mengumumkan perincian berkenaan.

Mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa syarat atau tuntutan baharu UMNO itu sebagai ugutan politik, beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian, berkata ia terpulang kepada pandangan dan tafsiran masing-masing.

“Saya hanya menyatakan fakta nombor bahawa UMNO memiliki jumlah kerusi paling banyak dan seharusnya diberi ruang sewajarnya dalam kerajaan PN.

“Tuntutan baharu ini dibuat selepas UMNO meneliti perkembangan politik yang berlaku selepas Pilihan Raya Negeri (Sabah), baru-baru ini, ” katanya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -