Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan besar bakal berlaku esok.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen BN-Arau berkata demikian melalui catatan di Facebook sebentar tadi.

“Nampaknya perubahan besar boleh berlaku pada esok hari. Ya Allah selamatkan negara. Ya Allah selamatkan MN (dan) BN,” memetik kenyataan tersebut.

Walaupun tidak menyatakan secara jelas, namun ia dikatakan berkaitan dengan rundingan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam mewujudkan sebuah kerajaan yang lebih kukuh dan stabil.

Terdahulu Shahidan memaklumkan telah mengadakan perbincangan dengan 52 penyokong kerajaan untuk mendapatkan sokongan di Dewan Rakyat bagi Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan bulan depan.

“Saya sedang berbincang dengan mereka mengenai belanjawan akan datang,” katanya.

“Saya yakin dengan sokongan mereka untuk membantu kerajaan dengan Covid-19 dan belanjawan tahun depan,” katanya.

Katanya, beliau akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan mereka semua menyokong Belanjawan 2021.

PN, yang mempunyai 50 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat, mendapat sokongan 112 ahli Parlimen melalui Barisan Nasional (43), GPS (18) dan PBS (1).

Langkah itu menyusul kebimbangan ahli Parlimen menolak belanjawan itu secara berkumpulan, yang akan menyebabkan kerajaan Muhyiddin Yassin tumbang.

Belanjawan 2021 dijadualkan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 Nov ini dan ia akan dibahaskan kemudian, disusuli undian akan diadakan.

Kegagalan mendapat kelulusan akan menyebabkan perdana menteri dan Kabinet perlu meletak jawatan secara automatik.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menolak cadangan kerajaan untuk mengisytiharkan darurat dan mengingatkan ahli politik berhenti berpolitik serta menekankan kepentingan Belanjawan 2021.

spot_img