Monday, January 18, 2021
Spread the love

Zahid Seru PM Bincang Dengan Semua Pihak Sebelum Buat Keputusan

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar mengambil pengajaran atas titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Zahid melalui satu kenyataan sebentar tadi berkata, Muhyiddin sewajarnya berbincang terlebih dahulu dengan semua pimpinan politik sebelum membuat sebarang keputusan besar.

“Sejajar dengan titah dan harapan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, serta selaras dengan hasrat UMNO yang mengajak kepada gencatan politik, saya berharap seluruh kepimpinan parti politik merapatkan saf di semua peringkat dan seterusnya memberi tumpuan untuk sama-sama menangani penularan pandemik Covid-19 demi kesejahteraan rakyat.

“Ibrah episod ini jelas mendidik kita bahawa dalam melaksanakan sebarang langkah besar yang hendak dilakukan oleh kerajaan memerlukan proses musyawarah dan penglibatan secara konsensus semua pihak,” katanya melalui satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut Zahid, isu kesejahteraan rakyat adalah perkara utama bagi memastikan semua isu dapat dijayakan dengan secara menyeluruh.

“Justeru, sewajarnya dimulakan satu inisiatif rekonsiliasi nasional yang merangkumi agenda politik, ekonomi, sosial dan keselamatan.

“Rakyat perlu menjadi keutamaan ketika ini. Usaha bersungguh-sungguh hendaklah dijelmakan dalam mencari keseimbangan antara mengurus wabak Covid-19 dan kehidupan ekonomi rakyat. Saya menyeru agar kepimpinan politik perlulah benar-benar ikhlas dalam menjayakan cita-cita ini,” tegasnya lagi.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai keputusan Yang di-Pertuan Agong hari ini menolak pengisytiharan darurat sebagai langkah menangani penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang semakin membimbangkan.Zahid Seru PM Bincang Dengan Semua Pihak Sebelum Buat Keputusan

Zahid Hamidi, Muhyiddin Yassin, Darurat,

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar mengambil pengajaran atas titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Zahid melalui satu kenyataan sebentar tadi berkata, Muhyiddin sewajarnya berbincang terlebih dahulu dengan semua pimpinan politik sebelum membuat sebarang keputusan besar.

“Sejajar dengan titah dan harapan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, serta selaras dengan hasrat UMNO yang mengajak kepada gencatan politik, saya berharap seluruh kepimpinan parti politik merapatkan saf di semua peringkat dan seterusnya memberi tumpuan untuk sama-sama menangani penularan pandemik Covid-19 demi kesejahteraan rakyat.

“Ibrah episod ini jelas mendidik kita bahawa dalam melaksanakan sebarang langkah besar yang hendak dilakukan oleh kerajaan memerlukan proses musyawarah dan penglibatan secara konsensus semua pihak,” katanya melalui satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut Zahid, isu kesejahteraan rakyat adalah perkara utama bagi memastikan semua isu dapat dijayakan dengan secara menyeluruh.

“Justeru, sewajarnya dimulakan satu inisiatif rekonsiliasi nasional yang merangkumi agenda politik, ekonomi, sosial dan keselamatan.

“Rakyat perlu menjadi keutamaan ketika ini. Usaha bersungguh-sungguh hendaklah dijelmakan dalam mencari keseimbangan antara mengurus wabak Covid-19 dan kehidupan ekonomi rakyat. Saya menyeru agar kepimpinan politik perlulah benar-benar ikhlas dalam menjayakan cita-cita ini,” tegasnya lagi.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai keputusan Yang di-Pertuan Agong hari ini menolak pengisytiharan darurat sebagai langkah menangani penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang semakin membimbangkan.

- Advertisement -
- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -