Sunday, October 25, 2020

PAS nafi keluar surat sokong daftar PN

PAS nafi mengeluarkan surat menyatakan sokongan untuk mendaftarkan Perikatan Nasional (PN) secara sah mengikut undang-undang, seperti yang diviralkan pihak tertentu di media sosial.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata parti itu sedang menyiasat pihak yang bertanggungjawab menyebarkan surat palsu tersebut.

“Tak betul. Tengah siasat siapa yang buat dan sebar,” katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI.

Terdahulu, tular di media sosial surat bertarikh 3 Ogos dan 27 Julai 2020 kononnya ditandatangani oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan persetujuan parti itu menjadi anggota penaja PN.

Surat itu juga turut menamakan Tuan Ibrahim dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Khairuddin Takiri sebagai ahli jawatankuasa penaja PN.

Sementara itu, satu lagi surat bertarikh 27 Julai pula meletakkan nama Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Samsuri Ahmad Mokhtar dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan sebagai ahli jawatankuasa penaja PN.

Berita berkaitan

UMNO, PPBM, PAS sudah berunding

Pemimpin UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAS sudah memulakan rundingan mencari penyelesaian, berhubung kerjasama tiga parti itu. Setiausaha...

#PRNSabah: Dua kali BN kena ‘kencing’ PN

Selepas BN melepaskan tuntutan terhadap jawatan Ketua Menteri Sabah, Perikatan Nasional sekali lagi dikatakan mengabaikan hasil perbincangan bersama dengan...

MIC dan GPS Antara Penaja PN?

Malaysian Indian Congress (MIC) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dikatakan antara yang bersetuju menjadi parti penaja bagi mendaftar Perikatan...

PAS sasar peranan ‘kingmaker’ dengan sertai 2 gabungan politik

PAS menyasarkan peranan “kingmaker” dalam pilihan raya umum akan datang sewaktu ia membentuk jawatankuasa pro-tem dengan PPBM untuk mendaftarkan...

Berita Terkini

Tangani Krisis Tanpa Membelakangkan Perlembangaan Dan Demokrasi – Mohamad

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menasihati kerajaan Perikatan Nasional (PN) menangani krisis yang dihadapi negara dengan mempertahankan...

Malaysia not the first country to declare state of emergency over Covid-19

Malaysia will not be the first country to declare a state of emergency over the Covid-19 pandemic, with almost...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

49 lagi pekerja Proton sah dijangkiti Covid-19

Selepas lima hari seorang pekerjanya diumum positif Covid-19, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) memaklumkan sebanyak 49 lagi kes...