Sunday, October 25, 2020

Apa-apa bentuk kerjasama perlulah ikhlas dan adil dan tidak memudaratkan diri kita sendiri

Pengkhianatan dan kecurangan adalah cabaran dan ujian biasa yang perlu kita lalui dalam perjalanan politik.

Namun saya yakin UMNO dan Barisan Nasional akan berjaya menempuh cabaran ini.

Dua puluh tahun dahulu UMNO telah berpecah kepada PKR.

Namun kita telah bertahan dan terus berjuang.

Lima tahun dahulu kita telah berpecah kepada Bersatu.

Namun kita terus istiqamah berjuang.

Dua tahun dahulu beberapa orang ahli Parlimen UMNO telah lompat parti meninggalkan kita setelah kita kalah pilihanraya umum ke-14 dan tidak lagi menjadi kerajaan.

Namun selepas itu kita telah bangkit kembali dan menang dalam semua pilihanraya-pilihanraya kecil kebelakangan ini.

Kita telah berjaya mengharungi semua ini kerana kekuatan UMNO dan Barisan Nasional di akar umbi yang tak lekang dek panas dan tak lapok dek hujan.

Dengan izin Allah, saya yakin kita akan terus berjaya menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang mendatang.

………………..

Apa-apa bentuk kerjasama perlulah ikhlas dan adil dan tidak memudaratkan diri kita sendiri.

Jika rakan kerjasama kita ego dan tidak sensitif kepada pandangan akar umbi kita, maka itu bukanlah sesuatu kerjasama yang baik.

Contohnya, jika ada orang mahu masuk rumah kita setelah rumah mereka runtuh dek diri mereka sendiri, dan kita baik hati memberikan mereka ruang untuk mereka berteduh, tetapi mereka mahu duduk dalam masterbedroom, suruh kita masak masakan kegemaran mereka setiap hari, dan suruh anak-anak kita buat kerja dan basuh pinggan mangkuk mereka, dan suruh kita cat rumah kita dengan warna kegemaran mereka, dan minta kita pindah masuk ke bilik pembantu rumah di dapur dan sebagainya, adakah kita perlu ikut sahaja kehendak mereka?

Dan, jika tunang kita curang dan main kayu tiga dengan orang ini, perlukah kita mengikut sahaja kehendak mereka lagi?

Kita perlu berpegang kepada prinsip perjuangan, maruah dan harga diri.

Kuasa bukanlah sebenar dan tidak berguna tanpa tiga perkara ini.

Pada prinsip, maruah dan harga diri inilah terletaknya sumber kekuatan UMNO dan Barisan Nasional yang mendokong sokongan dan kepercayaan rakyat.

Salam Maal Hijrah
ISHAM JALIL

Berita berkaitan

UMNO, PPBM, PAS sudah berunding

Pemimpin UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAS sudah memulakan rundingan mencari penyelesaian, berhubung kerjasama tiga parti itu. Setiausaha...

Perkukuhkan BN, Jangan Terikut Taktik Tidak Sihat Pihak Tertentu – Aziz Kaprawi

Bekas Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Aziz Kaprawi menyeru semua pemimpin dan ahli UMNO serta Barisan Nasional (BN) memperkukuhkan...

#PRNSabah: Dua kali BN kena ‘kencing’ PN

Selepas BN melepaskan tuntutan terhadap jawatan Ketua Menteri Sabah, Perikatan Nasional sekali lagi dikatakan mengabaikan hasil perbincangan bersama dengan...

‘Nampaknya hubungan kita seperti tak lama’ – Zahida

PUTERI Umno menempelak Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kerana didakwa angkuh dan sombong. Ia susulan kenyataan...

Berita Terkini

Tangani Krisis Tanpa Membelakangkan Perlembangaan Dan Demokrasi – Mohamad

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menasihati kerajaan Perikatan Nasional (PN) menangani krisis yang dihadapi negara dengan mempertahankan...

Malaysia not the first country to declare state of emergency over Covid-19

Malaysia will not be the first country to declare a state of emergency over the Covid-19 pandemic, with almost...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

49 lagi pekerja Proton sah dijangkiti Covid-19

Selepas lima hari seorang pekerjanya diumum positif Covid-19, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) memaklumkan sebanyak 49 lagi kes...