Monday, January 18, 2021
Spread the love

Operasi SAR cari bakal pengantin baharu sukar kerana kekangan cuaca

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

MARANG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki yang juga bakal pengantin baharu yang dikhuatiri lemas di Pantai Kelulut, di sini, semalam berdepan kekangan berikutan keadaan ombak besar dan laut bergelora.

Keadaan ombak setinggi dua meter dan angin kencang serta keadaan pantai yang mempunyai teluk berbahaya menyukarkan lagi operasi SAR hari ini.

Mangsa, Naim Hariri Kamaruddin, 31, dari Cheras datang bersama ahli keluarga ke daerah ini untuk melangsungkan pernikahan bersama pasangannya, Fatin Nabilah Huda Ismail, 27, yang dijadualkan hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penguasa Kanan Bomba 1 (PgKB1) Mohd Khairiri Mat Resad@Arshad berkata, operasi SAR hari ini dimulakan jam 7 membabitkan seramai 63 anggota pelbagai agensi.

Katanya, pencarian difokuskan di kawasan pesisir pantai merangkumi jarak tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang untuk pencarian di permukaan air.

“Kita menggunakan teknik ‘Water Search And Surfing’ dalam anggaran radius satu kilometer dari arah kiri dan kanan iaitu menghala Kuala Terengganu dan Dungun.

“Selain itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut melakukan rondaan di laut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Pantai Kelulut di sini hari ini.

Mohd Khairiri berkata, pihaknya berdepan kesukaran untuk membuat pencarian kerana keadaan ombak yang besar dan setinggi dua meter selain angin kencang.

“Operasi dilaksanakan dengan mengambil kira keselamatan anggota operasi kerana keadaan pantai di Kelulut yang mempunyai teluk berbahaya,” “katanya.

Media sebelum ini melaporkan bakal pengantin baharu itu dikhuatiri lemas selepas mandi di Pantai Kelulut, di sini semalam.

Pasangan itu dijadualkan bernikah di kediaman Fatin Nabilah Huda di Kampung Surau Haji Mat Zin, Bukit Payong, di sini jam 10 pagi ini.

Difahamkan, mangsa yang mandi di pantai itu ditarik ombak kira-kira jam 6.40 petang.

Bapa pengantin perempuan, Ismail Awang, 61, berkata, beliau sedang memasang khemah untuk majlis berkenaan dimaklumkan oleh anaknya mengenai kejadian menimpa tunangnya itu.

“Kami kemudian bergegas ke tempat kejadian selepas solat Maghrib dan berjumpa dengan ahli keluarga bakal besan.

Menurut Ismail lagi, pasangan itu bertunang bulan lalu selepas berkawan selama beberapa tahun.

“Mereka sampai di sini semalam dan segala persiapan sudah dibuat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, gerakan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kini difokuskan di kawasan pesisir pantai dengan pencarian merangkumi jarak tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.

Berita sebelum:
Bakal pengantin lelaki dijadual bernikah hari ini dikhuatiri lemas
https://pakdin.my/bakal-pengantin-lelaki-dijadual-bernikah-hari-ini-dikhuatiri-lemas

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -