4 suspek samun bersenjata mati ditembak

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

SUNGAI BULOH – Empat penjenayah yang terlibat dalam 50 kes samun bersenjata sekitar Selangor ditembak mati dalam satu kejadian berhampiran jalan Hospital Sungai Buloh hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, pihak polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan terhadap empat lelaki berusia 20-an itu yang cuba menyerang polis selain melanggar seorang pekerja penghantar makanan.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung satu kejadian samun di Taman Pelangi Rawang pada pukul 12 tengah hari sebelum gerakan mengesan suspek dilakukan.

Katanya, pihak polis berjaya mengesan kereta jenis Perodua Axia yang dinaiki suspek di kawasan Sungai Buloh sebelum usaha menahan mereka dilakukan.

“Penjenayah itu bagaimanapun memecut laju kenderaannya sebelum melanggar seorang penunggang wanita.

“Susulan itu, suspek mengundur kereta dan memasuki jalan bertentangan apabila pihak polis cuba melepaskan tembakan salah seorang seorang daripada suspek keluar dan cuba menyerang menggunakan parang sebelum suspek lain yang berada dalam kereta menyeret wanita yang dilanggar itu beberapa meter,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Menurutnya lagi, bagi mempertahankan diri dan menyelamatkan penunggang motosikal itu pihak polis melepaskan beberapa das tembakan yang terkena pada empat suspek tersebut.

Jelas beliau, hasil semakan lanjut mendapati empat suspek itu terlibat dalam 50 kes samun bersenjata di sekitar Selangor sejak awal tahun.

“Semakan lanjut juga mendapati dua daripada mereka mempunyai rekod lampau lari sekatan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 di Johor.

“Siasatan juga mendapati kereta yang dinaiki suspek itu dilaporkan hilang bersabit laporan di Petaling Jaya. Turut ditemui dalam kereta itu beberapa bilah parang dan topeng muka yang dipercayai digunakan untuk kegiatan samun rumah,” ujarnya.

Tambah beliau, mangsa langgar itu dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan termasuk mengenal pasti masih ada saki baki kumpulan terbabit,” katanya.

Empat suspek samun bersenjata mati ditembak polis dalam kejadian di Sungai Buloh hari ini.

Pihak polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Beberapa bilah parang antara yang ditemui pihak polis dalam kereta Perodua Axia dinaiki empat suspek itu.

spot_img