Wednesday, January 27, 2021
Spread the love

Mcphee mahu tebus kekecewaan di Aragon

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Pelumba Petronas Sprinta Racing John McPhee menyasarkan kedudukan podium pada dua perlumbaan berturut-turut iaitu Grand Prix (GP) Aragon dan GP Teruel di Litar Aragon pada 18 dan 25 Okt ini.

Pelumba berusia 26 tahun itu gagal menamatkan perlumbaan pada GP Perancis di Litar Le Mans selepas terlibat dalam pelanggaran, telah mengumpul 98 mata selepas 10 perlumbaan untuk menduduki tangga kelima Kejuaraan Moto3 Dunia.

“Minggu lepas nasib kurang baik, tapi masih ada lima perlumbaan dan paling penting kami sentiasa pantas dalam perlumbaan. Kami mahu meneruskan prestasi sebegini di Aragon dan mendapat keputusan yang lebih baik di sana,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

McPhee berkata pasukan mempunyai banyak masa untuk mempersiapkan diri dan jentera memandangkan dua pusingan perlumbaan berlangsung di litar sama berturut-turut.

“Saya agak hebat pada GP tahun lepas dan litar yang saya suka. Dengan dua perlumbaan di sini, kami ada banyak masa untuk melakukan penetapan, rasa selesa dengan jentera dan mendapatkan rentak perlumbaan,” katanya.

Sementara itu, rakan sepasukan yang juga pelumba negara Khairul Idham Pawi mahu meneruskan rentak peningkatan dan momentum positif di Litar Aragon.

“Pada saya amat penting untuk melakukan lap times dengan pelumba lain, memanfaatkan slipstream kerana trek lurus yang agak panjang.

“Perbezaan masa dapat dilihat antara pelumba yang menetapkan masa bersama pelumba lain dan melakukannya sendirian. Bukan litar yang mudah, kita akan lihat apa akan berlaku. Kami akan cuba sebaik mungkin,” kata pelumba berusia 22 tahun yang masih belum mengumpul sebarang mata.

GP Aragon berlangsung pada 16-18 Okt manakala GP Teruel pada 23-25 Okt.

— BERNAMA

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -