Gangguan bekalan air di Klang, Shah Alam mulai malam ini

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Sebanyak 15 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula malam ini hingga petang esok susulan kejadian paip pecah berhampiran pencawang elektrik di Jalan Bukit Raja, Klang, Selangor.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata berikutan kejadian paip pecah ini, Air Selangor akan menutup bekalan air pada 10.30 malam ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan paip pecah itu dan dijangka akan siap pada 9.30 pagi esok.

“Kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ini iaitu Batu Belah, Sungai Putus, Teluk Kapas, Sementa, Perepat, Jalan Kapar Batu 1-8 dan Klang Utama, Bandar Klang (Batu 1-3 Jalan Meru), Bandar Baru Klang, Taman Berkley/ Eng Ann dan Jalan Goh Hock Huat.

“Selain itu, kawasan lain yang turut terjejas iaitu Bandar Sultan Sulaiman, Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Utara, Sungai Sireh, Seri Perantau, Kampung Keretapi, Jalan Limbungan dan Jalan Shahbandar,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada 5.30 petang, esok.

“Para pengguna akan menerima bekalan air secara berperingkat berdasarkan jarak premis dan tekanan air apabila ia disalurkan semula setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan sepenuhnya.

“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja-kerja pembaikan paip pecah itu dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram, serta aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com,” katanya.

— BERNAMA

spot_img