Tuesday, January 26, 2021
Spread the love

#Coronavirus: Kematian di tanah besar China mengatasi Sars dengan 361 kematian

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love
  • Angka terbaru dari Suruhanjaya Kesihatan Negara China menunjukkan 57 kematian pada hari Ahad, meningkat daripada 45 kematian hari sebelumnya
  • Kes baru meningkat kepada 2,829 semalam (3 Feb), naik betbanding 2,590 hari sebelumnya.

Jumlah kematian di tanah besar China yang disebabkan oleh coronavirus telah mengatasi wabak Sars tahun 2003, dengan pihak berkuasa kesihatan Cina mengumumkan 361 kematian dan 17,205 kes yang disebabkan oleh penyakit yang menyebar dengan cepat pada hari Ahad (3 Feb).

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China (CNHC) melaporkan 2,829 kes baru dan 57 kematian, berbandingkan dengan 2,590 kes baru dan 45 kematian di seluruh negara pada hari Sabtu.

Daripada jumlah kematian yang baru dilaporkan, 56 adalah di wilayah Hubei – pusat epidemic wabak koronavirus – dan satu di Chongqing.

Di Hubei, jumlah baru meningkat kepada 2,103 kes yang disahkan dan 56 kematian, naik dari 1,921 dan 45 pada hari Ahad.

Sekurang-kurangnya 171 kes telah dilaporkan di lebih daripada dua belas negara dan wilayah lain, termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Thailand, Hong Kong dan Britain.

Kes kesembilan di Amerika Syarikat telah disahkan oleh Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS pada hari Ahad di California. Individu yang dijangkiti adalah seorang wanita yang baru-baru ini tiba di daerah Santa Clara dari ibukota Hubei Wuhan.

Satu kajian oleh saintis dari University of Hong Kong yang diterbitkan di The Lancet pada hari Sabtu mengatakan bahawa pada hari Selasa, seramai 75,815 orang di Wuhan mungkin telah dijangkiti dengan coronavirus baru. Penyelidikan ini berdasarkan pada kebarangkalian bahawa setiap orang yang dijangkiti dapat menyebarkan virus kepada 2.68 yang lain.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -