Diet ‘sirtfood’ rahsia Adele susut 22kg, sampai nampak tulang selangka!

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

RAMAI terkejut dengan bentuk tubuh Adele yang kurus sampai nampak tulang selangka apabila gambar percutiannya bersama penyanyi Harry Styles tersebar baru-baru ini.

Adele dilaporkan berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 22 kilogram dan penyanyi lagu Someone Like You itu rupa-rupanya mengamalkan diet dipanggil sirtfood.

Diet itu dicipta oleh pakar pemakanan iaitu Aidan Goggins dan Glen Matten yang menekankan cleanse diet dalam rutinya.

Diet sama pernah diamalkan oleh adik kepada Kate Middleton iaitu Pippa Middleton sehingga ia mendapat carian ketujuh tertinggi di Google pada 2019.

Kajian juga mendapati pengamal diet ini mampu menurunkan berat badan sebanyak tiga kilogram dalam tempoh seminggu.

Rutin diet ini juga sangat ketat dan perlu dilakukan secara berterusan dalam tempoh seminggu termasuklah;

1. Tiga hari pertama perlu membataskan pengambilan 1,000 kalori dengan pengambilan tiga jus hijau dan protein.

2. Selepas tempoh itu, anda dibenarkan menambah pengambilan kalori sehingga 1,500 termasuk makan dua kali sehari bersama dua gelas jus hijau.

3. Fasa pemeliharaan – Dalam fasa ini anda harus makan tiga hidangan seimbang ditambah dengan senaman efektif bagi mendapatkan kesan memberangsangkan.

Bagaimanapun diet ini disifatkan sebagai diet jangka pendek bagi yang ingin menurunkan berat badan dengan cepat.

Pakar pemakanan, Martha McKittrick pula memberitahu diet ini tergolong dalam kategori tricky yang mana setiap orang tidak akan mendapat keputusan sama.

“Jika anda inginkan badan seperti Adele dan mengamalkan diet ini… Anda mungkin tidak akan dapat keputusan yang sama,” katanya.

Dalam pada itu, Adele memberitahu dia menggabungkan diet sirtfood dengan penambahan diet lain termasuk mengawal pengambilan karbohidrat serta gula.

“Dulu saya boleh minum 10 cawan teh dengan dua ketul gula setiap hari. Itu bermakna saya ambil 20 ketul gula sehari… Sekarang saya tidak minum teh lagi dan rasa lebih bertenaga.

“Jika dulu saya sering menangis tapi sekarang saya kerap berpeluh,” guraunya.

Selain itu, Adele beritahu dia aktif melakukan senaman pilates dan angkat berat sejak tahun lalu.

 

spot_img