Wednesday, January 27, 2021
Spread the love

Terserah kepada Yang di-Pertuan Agong

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menitahkan sama ada kerajaan baharu perlu dibentuk atau tidak selepas bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Apa yang berlaku bukan kerajaan dibubarkan, sebaliknya majoriti wakil rakyat tidak lagi memberi sokongan kepada Pakatan Harapan yang memerintah pada masa ini.

Difahamkan kelemahan menguruskan ekonomi negara dan kedaulatan undang-undang serta keluhuran Perlembagaan menyebabkan kerajaan hari ini hilang keyakinan dan sokongan majoriti wakil rakyat.

Oleh itu sebuah gabungan baharu perlu dibentuk dan mengambil alih pemerintahan kerajaan dan sebagaimana desas desus sebelum ini Pakatan Nasional akan dibentuk membabitkan 139 wakil rakyat akan mengambil alih kerajaan.

Untuk mudah difahami adalah situasi yang sama juga berlaku di Perak pada 2009 di mana kerajaan negeri diperintah oleh DAP, tetapi oleh kerana terdapat pemimpin yang melompat ke kem pembangkang, Barisan Nasional telah kembali berkuasa di negeri berkenaan.

Cuma sekali ini ia berlaku di peringkat nasional dan perlu dilaksanakan secara berhati-hati bagi memastikan semua mengikut lunas undang-undang sehingga menyebabkan kerajaan yang sedia ada terbubar dan pilihan raya terpaksa diadakan.

Pada 2009, Barisan Nasional (BN) di Perak menubuhkan kerajaan negeri selepas mendapat sokongan 27 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakili UMNO, seorang ADUN MCA dan tiga BEBAS.

Ia susulan kejayaan BN menarik empat ADUN daripada PKR dan DAP termasuk ADUN Bota yang kembali kepada UMNO dan menyatakan ketidakpercayaan kepada kerajaan negeri ketika itu.

Ini bermakna Anwar tidak akan menjadi Perdana Menteri untuk tempoh terdekat, kecuali beliau memimpin pakatan baharu dan memenangi pilihan raya seterusnya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -