S’pura sekat semua pengunjung dengan rekod perjalanan dari China mulai Sabtu 11.59 mlm

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

SINGAPURA: Mulai esok (1 Feb) Singapura akan menyekat semua pengunjung baru yang ada rekod perjalanan dari mana-mana daerah China sejak 14 hari lalu, daripada memasuki negara ini.

Langkah baru itu yang menyekat kemasukan atau transit ke Singapura, akan dikuatkuasakan ke atas semua pengunjung, tidak kira kewarganegaraan mereka.

Langkah lebih ketat dalam usaha membendung penularan virus korona Wuhan itu diumumkan Pengerusi Bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian, Encik Lawrence Wong petang ini tadi (31 Jan).

Penduduk Singapura termasuk penduduk tetap pula tidak perlu bimbang dan akan dibenarkan masuk, walaupun mereka mempunyai rekod perjalanan tersebut. Namun demikian mereka perlu menjalani cuti wajib selama 14 hari.

Langkah itu diambil di tengah-tengah keadaan virus korona Wuhan yang semakin meningkat di peringkat global.

Encik Wong, yang juga merupakan Menteri Pembangunan Negara dan Menteri Kedua Kewangan, mendedahkan demikian semasa sesi taklimat media yang turut dihadiri Menteri Perhubungan dan Penerangan Encik S Iswaran.

SATU LANGKAH TAMBAHAN

Encik Wong menjelaskan bahawa sekatan tersebut adalah satu langkah tambahan. Sebelum ini pemeriksaan rapi dijalankan kepada pengunjung yang datang daripada wilayah Hubei di China – tempat di mana virus korona mula tercetus.

Namun langkah baru ini menyekat masuk semua pengunjung baru yang mempunyai rekod perjalanan ke mana-mana daerah dari China.

Encik Wong menambah sekatan turut dikenakan kepada mereka yang membuat perhentian sementara atau ‘transit’ di Lapangan Terbang Changi.

Pesuruhjaya Penguasa Imigresen dan Kastam (ICA), Encik Marvin Sim berkata sekiranya mereka yang mempunyai rekod perjalanan ke China dalam tempoh 14 hari itu tiba di sini, ICA akan bekerjasama dengan pihak penerbangan untuk menghantar mereka pulang ke negara asal.

Ini secara langsung bermakna pihak berkuasa Singapura akan menggantung semua pemegang visa dari China daripada memasuki Singapura. Penggantungan visa ini dilaksanakan dengan serta merta.

“Ada kebimbangan, ia akan menular menjangkaui Hubei. Itulah sebab di sebalik penguatkuasaan sekatan ini. Jadi saya mahu menjelaskan sebab kami melakukannya. Ia bukan isu kewarganegaraan. Motivasinya ialah dari mana asal penularan virus yang kini sudah ke luar Hubei, dan kini sudah menular ke bahagian lain China.

“Seperti yang sudah kami katakan, ada penilaian bahawa ini sedang berlaku. Risikonya ialah jumlahnya akan meningkat, dan sebab itulah kami meletakkan langkah-langkah ini,” tambah Encik Wong.

Encik Wong menambah sekatan baru ini akan membawa kesan terhadap jumlah mereka yang memasuki Singapura. Namun, beliau juga berkongsi bahawa setakat ini jumlah pengunjung sudah menurun sebanyak 80%.

Lebih 200 orang maut dan lebih 9,000 orang dijangkiti virus korona itu di China sejauh ini.

Di Singapura 16 kes disahkan virus tersebut sejauh ini.

Encik Wong menekankan bahawa keadaan masih lagi sentiasa berubah-ubah dan pemerintah tidak menolak kemungkinan mengambil langkah-langkah lanjut.

– BERITAmediacorp/na

spot_img