Monday, April 12, 2021
Spread the love

Penipuan melalui SMS: Pegawai syarikat Telco direman

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Pegawai sebuah syarikat telekomunikasi ditahan reman selama lima hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan sindiket penipuan melalui sistem pesanan ringkas (SMS), yang dipercayai beroperasi sejak 2017.

Majistret Nur Aisyah Mohd Yusof mengeluarkan kebenaran perintah reman itu sehingga 15 November di Mahkamah Majistret di sini.

Sumber SPRM berkata, lelaki berusia 49 tahun itu akan disiasat mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Katanya, suspek dipercayai menerima wang rasuah berjumlah RM300,000 secara berperingkat melalui akaun peribadinya daripada sebuah syarikat, sebagai balasan bagi mendapatkan senarai nombor telefon pelanggan yang menggunakan pelan prabayar dari 2017 hingga sekarang.

Nombor telefon yang diperoleh itu kemudian dipercayai digunakan oleh sindiket penipuan ‘content provider’ menerusi SMS dengan mengenakan bayaran langganan tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada pengguna.

Perintah reman itu juga susulan penahanan tiga pengarah syarikat, semalam kerana disyaki terbabit dalam kes sama.

Terdahulu, suspek ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kir-kira 9 malam tadi selepas hadir memberi keterangan.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -