Saturday, January 16, 2021
Spread the love

Minta ‘offset’ bukan rasuah, kata Dr Mahathir

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Mungkin biasa bagi Tun Mahathir buat ‘offset’ dalam urusan negara.
……..
Dr Mahathir Mohamad berkata, walaupun beliau tidak berani untuk membuat sebarang keputusan berhubung dakwaan rasuah oleh Pejabat Kesalahan Berat (SFO) British yang dikaitkan dengan AirAsia dan AirAsia X, tetapi rasuah hanya berlaku apabila duit yang diterima oleh seseorang itu digunakan untuk diri sendiri.

“Umpamanya kalau kita beli kapal terbang, kita minta ‘offset’. Sama ada kita anggap ‘offset’ itu sebagai rasuah atau tidak, terpulang kepada anda.

“Bagi saya kalau kita boleh dapat sesuatu kerana kita membeli sesuatu dengan harga tinggi, kenapa kita tak boleh terima?

“Kalau duit itu masuk dalam poket kita, itu rasuah, tetapi duit itu untuk tujuan tertentu, dia ‘offset’ bukan rasuah,” kata perdana menteri pada sidang media selepas menyampaikan ucapan kepada warga Kementerian Pendidikan Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Pada Jumaat, SFO mendakwa Airbus memberi rasuah AS$50 juta kepada eksekutif yang dikaitkan dengan AirAsia dan AirAsia X bagi mendapatkan pesanan kapal terbang.

Ia berkata, Airbus menaja pasukan sukan yang dimiliki oleh eksekutif AirAsia semasa perundingan pembelian kapal terbang.

Pada Isnin, AirAsia Group berkata, ia menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyemak dakwaan itu dan ketua pegawai eksekutif Tony Fernandes serta pengerusi Kamarudin akan berundur sekurang-kurangnya selama 2 bulan sewaktu syarikat penerbangan itu dan pihak berkuasa menyiasat dakwaan terbabit.

Fernandes dan Kamarudin menafikan apa-apa salah laku.

Dalam pada itu, Mahathir berkata, kerajaan juga ada meminta “offset” sekiranya membeli alatan tertentu.

“Ini pandangan peribadi saya,” katanya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) kini menyiasat dakwaan tersebut.

Agak-agak apa hasil siasatan SPRM ke atas Air Asia ini? Kes ini sudah dilaporkan seantero dunia

SPRM siasat Airbus, AirAsia terbabit rasuah

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -