Kartel daging: Jangan tutup pembabitan orang kenamaan

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Pergerakan Pemuda UMNO meminta jangan ada sebarang usaha melindungi mana-mana pihak termasuk, orang kenamaan yang terbabit dengan penyelewengan isu kartel daging haram.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wadji Dusuki, berkata sebagaimana enam saranan awal dikemuka Pemuda UMNO, kerajaan wajar mendedahkan segera nama-nama syarikat yang terbabit dalam kartel penyeludupan dan pengedaran daging import haram.

“Ini penting bagi mengembalikan kepercayaan dan keyakinan umat Islam terhadap keabsahan status halal daging import yang berada dalam pasaran,” katanya di Facebook beliau, hari ini.

Semalam Pemuda UMNO mengemuka enam saranan untuk menangani isu berkenaan, termasuk penubahan pasukan khas menyiasat kes berkenaan.

Asyraf Wajdi berkata, kerajaan wajar menyegerakan penubuhkan pasukan khas berhubung isu itu bagi menyiasat kemungkinan berlaku penyelewengan dan rasuah.

“Pasukan khas itu membabitkan pelbagai agensi kawal selia dan penguatkuasaan industri halal, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM),” katanya.

KERAJAAN WAJAR TUBUHKAN PASUKAN KHAS SIASATAN DAN DEDAHKAN SEGERA SYARIKAT KARTEL DAGING HARAM!

1. Sebagaimana 6…

Posted by DR ASYRAF WAJDI DUSUKI on Sabtu, 26 Disember 2020

spot_img