Juara dunia badminton cedera, pemandu van maut kemalangan di MEX

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Seorang pemandu van maut manakala empat pemain badminton termasuk pemain nombor satu dunia Kento Momota cedera dalam perlanggaran membabitkan sebuah van dan lori di Km13.7 Lebuhraya Maju Expressway (MEX) awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira 4.40 pagi, van dipandu Bavan a/l Nageswarau yang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lori yang dikatakan sedang bergerak perlahan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Selangor, Norazam Khamis berkata pemandu van yang tersepit itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala keempat-empat penumpang cedera ringan.

Selain Momota, mereka yang cedera adalah Hirayama Yu; Morimoto Arkifuki serta pemain badminton England, William Thomas.

“Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata 10 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Serdang dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 4.57 pagi.

Semalam, Momota daripada Jepun muncul juara perseorangan lelaki Malaysia Masters 2020 selepas menewaskan Viktor Axelsen daripada Denmark di Axiata Arena, di sini. Berita dan butiran lanjut akan menyusul. — Bernama

spot_img