Sunday, October 25, 2020

Covid-19: KP KKM sahkan tiada kluster Najib

SELEPAS genap 16 hari penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tidak ada kes baharu berkaitan perhimpunan berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini berdasarkan laporan diterima memang tidak ada peningkatan berhubung perhimpunan berkenaan.

“Kita tidak lihat trend (peningkatan) mendadak, apa yang penting tidak ada laporan berkaitan perhimpunan berkenaan.

“Bagaimanapun KKM masih menjalankan pemantauan pada setiap masa,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Semalam, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memuat naik kenyataan itu di Facebook (FB) menyatakan syukur kerana tiada mana-mana penyokongnya atau mereka yang berhimpun dijangkiti Covid-19.

“Hari ini genap 15 hari selepas penghakiman Mahkamah Tinggi kes SRC saya. Ini bermakna tiada kluster Najib tercetus sebab tempoh inkubasi Covid-19, 14 hari sudah berlalu.

“Alhamdulillah. Tapi kita jangan ulangi kesilapan hari itu. Kita perlu sentiasa mengamalkan SOP (prosedur operasi standard) demi kebaikan semua,” katanya.

Perhimpunan penyokong Najib di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 28 Julai lalu menimbulkan kegusaran selepas kebanyakan mereka didakwa mengabaikan SOP mencegah Covid-19 termasuk tidak memakai pelitup muka.

Berita berkaitan

Malaysia not the first country to declare state of emergency over Covid-19

Malaysia will not be the first country to declare a state of emergency over the Covid-19 pandemic, with almost...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

49 lagi pekerja Proton sah dijangkiti Covid-19

Selepas lima hari seorang pekerjanya diumum positif Covid-19, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) memaklumkan sebanyak 49 lagi kes...
00:00:17

[Video] Covid-19: Sembur cecair tak berkesan, doktor minta henti operasi sanitasi bandar

Operasi sanitasi bandar dengan menyembur cecair pembasmi kuman tidak berkesan menghapuskan virus Covid-19, kata seorang pengamal perubatan. Dr Amar Singh...

Berita Terkini