Berita Palsu: 4.5 juta rakyat 18 tahun belum daftar mengundi

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Orang ramai diminta tidak mempercayai mesej tular berhubung kononnya seramai 4.5 juta rakyat berusia 18 tahun yang layak mengundi masih belum berdaftar sebagai pemilih.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan berkata, mesej palsu yang memetik kenyataan Pengerusi suruhanjaya itu adalah tidak berasas kerana golongan usia berkenaan masih belum dibenarkan berbuat demikian.

Menurutnya, pihaknya turut mendapati usaha giat oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengelirukan orang ramai berhubung perkara itu.

Pada masa ini, katanya, SPR dalam persiapan untuk melaksanakan pendaftaran pengundi 18 tahun itu dan pendaftaran pemilih secara automatik berdasarkan kepada pindaan Perkara 119 (4) Perlembagaan Persekutuan yang telah diluluskan Parlimen.

“Persiapan tersebut termasuklah penyediaan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan undang- undang lain yang berkaitan penyediaan prosedur operasi standard (SOP).

“Selain itu penyediaan berkaitan sistem dan infrastruktur bagi pelaksanaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik dijangkakan pelaksanaannya selewat-lewatnya pada Julai 2021,” katanya di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai tidak terpengaruh serta tidak menyebarkan mesej-mesej palsu tersebut termasuk perkongsian dalam media sosial kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

Malah, katanya, tindakan menyebarkan maklumat tidak benar dan berunsurkan perkauman boleh mengganggu gugat ketenteraman awam dan tindakan perundangan boleh diambil ke atas mereka yang terlibat. – UTUSAN

spot_img