Adun PAN positif Covid-19

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Adun Maharani dari PAN Nor Hayati Bachok disahkan positif Covid-19 dan ketika ini sedang menerima rawatan.

Menurut pusat khidmat wakil rakyat DUN itu, semua kontak rapat kepada Nor Hayati sudah dikenal pasti Pejabat Kesihatan Daerah Muar dan menjalani ujian saringan Covid-19 serta menanti keputusan dalam masa terdekat.

“Pihak kami memohon maaf kepada semua yang terkesan walaupun segala langkah kuarantin di rumah dan pencegahan telah dipatuhi sepanjang tempoh ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, selepas pulang dari Sabah pada 26 September, Nor Hayati sudah menjalani ujian saringan pertama dan didapati negatif.

“Walaupun tidak ada arahan untuk kuarantin, wakil rakyat itu sudah mengambil inisiatif kuarantin kendiri di rumah dan mengasingkan diri. Beliau sudah menjalani ujian saringan ke-2 pada 4 Oktober dan menyambung pengasingan kendiri sehingga dimaklumkan keputusannya pada 5 Oktober.

“Sejak hari pertama kembali hingga 5 Oktober, Nor Hayati mengamalkan kuarantin kendiri di rumah atas inisiatif sendiri. Beliau tidak hadir ke mana-mana program di luar dan tidak bertemu rakyat, malah sentiasa mematuhi segala arahan KKM dan pihak kami sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dalam mencegah penularan,” katanya.

Pada masa sama, pusat khidmat itu turut meminta masyarakat menghentikan sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada Nor Hayati dan keluarga melalui ujian itu dengan tenang selain mengingatkan warga Maharani tidak panik dengan mesej yang tular.

“Pihak kami sudah mengenalpasti individu yang mula menyebarkan mesej tersebut dan membuat laporan polis serta bakal kami susuli dengan tindakan undang-undang.

“Pihak kami menggesa masyarakat menghentikan penyebaran maklumat peribadi beliau dan keluarga yang bercanggah dengan undang-undang dan boleh dikenakan tindakan,” katanya.

spot_img