back to top
Peristiwa menjadi pengajaran

👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

[Video] Mayat wanita ditemukan terapung di Batang Rajang dekat Konawit

[social-share align="left" style="icon" template="11" counters="1" buttons="facebook,facebook_like,twitter,print,mail,whatsapp,telegram"]

KANOWIT: Seorang lelaki terkejut apabila mendapati ‘objek terapung’ yang dilihatnya dalam Sungai Rajang, berhampiran jeti di sini merupakan mayat seorang wanita.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit, Penolong Penguasa Bomba Arrahman Chik berkata, pihaknya menerima laporan penemuan mayat itu pada pukul 12.50 tengah hari tadi.

“Sepasukan lima anggota bomba tiba di lokasi dan menggunakan sebuah bot untuk mengangkat mayat berkenaan,”katanya menerusi kenyataan media.

Beliau memberitahu, mayat yang lengkap berpakaian itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kanowit , Deputi Superintendan Tega Bilong ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, mangsa dikenali sebagai Chandi Skudan yang berusia 41 tahun dan berasal dari Rumah Pungga Nanga Aya, Sungai Poi.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,”katanya.

⫻ Berkaitan

📠 Terkini

🔥 Popular

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah