back to top
Peristiwa menjadi pengajaran

👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

[VIDEO] Lelaki maut rempuh tembok kuil selepas terkena serangan jantung

[social-share align="left" style="icon" template="11" counters="1" buttons="facebook,facebook_like,twitter,print,mail,whatsapp,telegram"]

TANJUNG MALIM: Lelaki maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tembok kuil Hindu di Jalan Kampung Lambak berdekatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad ( KTMB) dekat sini, hari ini.

Mangsa, Lok Ming Choy, 55, yang beralamat Kampar, Perak maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian pada 8.40 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Kampung Lambak ke pekan Tanjung Malim.

“Tiba di tempat kejadian, kereta Toyota Camry dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas di bahu jalan.

“Kereta itu kemudian merempuh tembok sebuah kuil yang terletak di tepi jalan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Hasni berkata, hasil bedah siasat di Hospital Slim River mendapati punca kematian disebabkan serangan jantung dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

BACA juga:

⫻ Berkaitan

📠 Terkini

🔥 Popular

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah