back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
Peristiwa menjadi pengajaran
More
    Peristiwa menjadi pengajaran

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    UK syor kanak-kanak 12 tahun ke bawah tak perlu divaksin

    [social-share align="left" style="icon" template="11" counters="1" buttons="facebook,facebook_like,twitter,print,mail,whatsapp,telegram"]

    LONDON: Seorang saintis di United Kingdom (UK) mendakwa pemberian vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak yang sihat adalah sia-sia sahaja kerana sebahagian besar golongan itu dijangkiti varian Omicron ringan dan sudah pulih.

    Lapor Daily Mail, Panel Penasihat Program Vaksinasi Britain dijangka membuat pengumuman mengenai pemberian vaksin untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pada minggu ini.

    Ketika ini, hanya kanak-kanak dalam kumpulan umur itu yang secara klinikal terdedah kepada virus atau tinggal bersama ahli keluarga, ditawarkan suntikan vaksin Covid-19 di Britain.

    Menurut pakar penyakit berjangkit dari Universiti East Anglia, Prof. Paul Hunter, langkah menawarkan vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak 5 hingga 11 tahun dilihat tidak membawa perbezaan yang ketara.

    Kenyataan beliau disokong oleh satu laporan dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Britain yang menganggarkan hampir tiga perempat kanak-kanak berumur 8 hingga 11 tahun sudah mempunyai antibodi Covid-19, setakat 10 Januari lalu.

    Laporan tersebut mendedahkan risiko jangkitan teruk adalah lebih rendah dalam kalangan kanak-kanak sihat, dengan hanya enam golongan itu meninggal dunia akibat virus pada tahun pertama pandemik di England.

    Data di United Kingdom (UK) juga menunjukkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 menawarkan perlindungan sekurang-kurangnya 10 peratus terhadap varian Omicron.

    Justeru, Hunter berkata, beliau tidak akan mengesyorkan kanak-kanak berumur bawah 12 tahun yang sihat untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

    Pada September lalu, Jawatankuasa Bersama Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI) memperluaskan program imunisasi kepada remaja berusia 12 hingga 15 tahun bagi melindungi dan mengelak sebarang gangguan selanjutnya terhadap pendidikan mereka.

    “Kita masih belum melihat keberkesanan vaksin dalam menghentikan gangguan ini.

    “Jadi, saya rasa manfaatnya adalah kecil dan mungkin sudah terlambat kerana kebanyakan kanak-kanak sudah mempunyai virus Omicron,” katanya. – AGENSI

    Bookmarked post

    [social-share align="left" style="icon" template="11" counters="1" buttons="facebook,facebook_like,twitter,print,mail,whatsapp,telegram"]

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah