back to top
Peristiwa menjadi pengajaran

👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

Anwar sahkan Lynas diberi tempoh lanjutan enam bulan

[social-share align="left" style="icon" template="11" counters="1" buttons="facebook,facebook_like,twitter,print,mail,whatsapp,telegram"]

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan bahawa kerajaan telah memberi Lynas Malaysia tempoh lanjutan enam bulan untuk memenuhi syarat pelesenan beroperasi di negara ini.

Beliau berkata lanjutan masa itu bagaimanapun disertai dengan syarat ketat dan akan sentiasa dipantau.

“Saya rasa Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang akan memberikan penjelasan terperinci tetapi daripada pemahaman kami, lanjutan adalah dengan syarat dan dipatuhi dengan ketat,” katanya ringkas.

Sebuah portal hari ini melaporkan Lynas telah diberikan lanjutan masa tersebut susulan rayuan yang dikemukakan oleh syarikat itu berhubung empat syarat dikenakan oleh  Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).

VIDEO berkaitan:

Rayuan itu dilihat sebagai usaha terakhir untuk memastikan pengeluar nadir bumi itu boleh meneruskan operasi di kilang mereka di Gebeng, Kuantan selepas 1 Julai.

Lynas sebelum ini telah berulang kali mempertahankan bahawa kilangnya selamat dan menegaskan bahawa pelaksanaan syarat pelesenan sedemikian akan mengakibatkan kehilangan pekerjaan di Malaysia.

BERITA berkaitan:

⫻ Berkaitan

📠 Terkini

🔥 Popular

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah