back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
📂

👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

‘Datuk Seri’ tipu duit pelakon terkenal didakwa esok

[social-share align="left" style="icon" template="11" counters="1" buttons="facebook,facebook_like,twitter,print,mail,whatsapp,telegram"]

Seorang lelaki yang sebelum ini ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kes penipuan melibatkan seorang pelakon terkenal akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, esok.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kertas siasatan berhubung kes berkenaan telah dilengkapkan dan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya pagi tadi

“Kami telah menerima arahan untuk mendakwa suspek yang berusia 26 tahun itu di Mahkamah Majistret pagi esok atas kesalahan menipu,” katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online pada 22 Julai lalu melaporkan pelakon terkenal, Datuk Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd. Fairuz Zainal Abidin mendedahkan wajah dan identiti individu yang menipunya sehingga mengkibatkan kerugian mencecah RM18,000.

Difahamkan, suspek juga telah menipu tentang gelaran Datuk Seri yang digunakannya itu.

Pelakon berkenaan memaklumkan bahawa penipuan wang sebanyak RM18,000 itu adalah sebagai bayaran bon bagi sebuah tender projek di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dia mula menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan apabila individu itu menghilangkan diri dan selepas mendapatkan nasihat daripada beberapa kenalan sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul .- K! ONLINE

⫻ Berkaitan

📠 Terkini

🔥 Popular

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah