PRK Ayer Kuning: Manifesto calon BN kemuka tujuh tawaran

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning Dr Mohamad Yusri Bakir mengemukakan tujuh tawaran dalam manifesto untuk penduduk DUN itu.

Beliau berkata ia merangkumi ekonomi tempatan yang makmur, meningkatkan keupayaan sara hidup rakyat, pembangunan infrastruktur setempat serta agenda anak muda dan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Selain itu, beliau turut memfokuskan terhadap warga emas, wanita dan Orang Asli, pendidikan berkualiti untuk anak jati Ayer Kuning dan perkhidmatan yang berjiwa rakyat.

“Menerusi tawaran ekonomi tempatan yang makmur, ia meliputi penyediaan geran khas untuk usahawan kecil, petani, pekebun kecil dan penjaja; memperluas akses pasaran bagi hasil tani dan produk kampung dan memperkasakan keusahawanan melalui bimbingan dan e-dagang,” katanya ketika mengumumkan manifesto itu di Command Centre BN di sini hari ini.

Mohamad Yusri berkata bagi meningkatkan keupayaan sara hidup rakyat adalah dengan memperluas program kedai bergerak dan Jualan Rahmah serta memberi peluang kepada peniaga kecil tempatan dalam program kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata pendidikan berkualiti turut menjadi perhatian utama dalam manifestonya dengan memperjuangkan usaha menaik taraf kemudahan sekolah rendah, menengah, dan prasekolah serta menyediakan sokongan pendidikan dan kelas motivasi untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.

“Saya juga akan membuka Pusat Khidmat Rakyat dengan waktu operasi lebih lama, termasuk pada hujung minggu dan turut menjalankan lawatan berkala ke kampung dan taman untuk mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat secara langsung,” katanya.

Manifesto bertemakan ‘Ayer Kuning Sejahtera Bersama’ itu cetusan harapan masyarakat setempat hasil daripada mendengar sendiri luahan dan aspirasi yang dizahirkan oleh penduduk Ayer Kuning, kemudian disusun dengan teliti berdasarkan pengamatan di lapangan.

Beliau berkata tiga tekad menjadi asas kepada keseluruhan usaha yang akan dilakukan iaitu menjamin perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum, menolak sentimen perkauman dan politik kebencian yang boleh memecahbelahkan rakyat dan menghubungkan inisiatif sosioekonomi di kawasan itu selaras dengan aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030.

Manifesto berkenaan bukan sekadar tawaran politik tetapi ikrar, tanggungjawab dan komitmen untuk turun padang dengan mendengar suara rakyat dan bekerja sedaya upaya demi memastikan setiap perkara yang dinyatakan dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

BACA juga:

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Â