[VIDEO] Satu lagi mendapan baharu dikesan di Jalan Masjid India

Setakat Selasa, pasukan SAR sedang memecahkan dinding atas manhole di lokasi kejadian untuk mendapatkan jarak penglihatan yang lebih jelas.

KUALA LUMPUR: Kejadian tanah mendap dikesan berlaku kira-kira 50 meter dari lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Kejadian mendapan itu dipercayai berlaku sekitar 2.30 pagi 28 Ogos 2024 susulan hujan lebat dan ribut pada sebelah malam.

Tinjauan di lokasi mendapati kawasan itu telah ditutup sepenuhnya oleh pasukan keselamatan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Orang awam juga tidak dibenarkan berada di lokasi berkenaan.

Sementara itu operasi mencari dan menyelamat Vijayaletchumy, 48, warganegara India yang hilang dalam insiden tanah jerlus Jumaat lalu, masuk hari keenam hari ini.

Setakat Selasa, pasukan SAR sedang memecahkan dinding atas manhole di lokasi kejadian untuk mendapatkan jarak penglihatan yang lebih jelas.

Pada masa sama, kerja-kerja pencarian melalui kaedah Ground Penetrating Radar (GPR) dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) di sekitar Masjid India untuk menilai keadaan tanah.

BACA juga:

Terkini

TEKNOLOGI

Dating dalam talian akan berubah secara radikal

Nur Nilam Sari
DUNIA

Mayat lelaki Thailand yang melompat ke dalam Sungai Golok untuk melarikan diri daripada polis Malaysia ditemui

KESIHATAN

Diet lemak dan proten sudah diamalkan beribu-ribu tahun sebelum

KESIHATAN

Mengawal diabetes jenis 2

AGAMA

Adakah Fitrah ialah agama Islam itu sendiri?

Fokus

[VIDEO] Banjir kilat di Presint 11, kenderaan ditenggelami air

Hujan lebat sejak dalam tempoh beberapa jam menyebabkan kawasan sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Presint 11 mengalami...
Olexs
Tiga wilayah di selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat, dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan selama...
Nuraseekeen นูรอาซีกีน
Thailand: Hujan yang berterusan telah melanda daerah ini secara berterusan, tanpa ada tanda-tanda akan reda. Keadaan menjadi...
Nuraseekeen นูรอาซีกีน