Seorang rentung nahas dua kenderaan di Lebuhraya PLUS

BAGAN SERAI: Seorang rentung manakala dua lagi cedera selepas van yang mereka naiki terbakar terlibat dalam nahas dengan sebuah lori di Kilometer 198.4 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, hari ini 9/12/2023.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada jam 8.24 pagi.

Menurutnya, jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai yang tiba di lokasi kira-kira jam 8.42 pagi mendapati sebuah van terbakar keseluruhan selepas berlaku kemalangan jalan raya.

“Terdapat tiga orang mangsa, seorang rentung manakala dua lagi cedera dan telah dihantar ke Hospital Taiping oleh ambulan KKM,” katanya dalam kenyataan di sini.

Bagaimanapun, ujarnya, setakat ini maklumat mangsa tidak dapat dipastikan.

Menurutnya, mangsa yang rentung diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi turut dibantu anggota dari BBP Kamunting.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kemalangan tersebut. – SETERUSNYA

Terkini

TEKNOLOGI

Dating dalam talian akan berubah secara radikal

Nur Nilam Sari
DUNIA

Mayat lelaki Thailand yang melompat ke dalam Sungai Golok untuk melarikan diri daripada polis Malaysia ditemui

KESIHATAN

Diet lemak dan proten sudah diamalkan beribu-ribu tahun sebelum

KESIHATAN

Mengawal diabetes jenis 2

AGAMA

Adakah Fitrah ialah agama Islam itu sendiri?

Fokus

[VIDEO] Banjir kilat di Presint 11, kenderaan ditenggelami air

Hujan lebat sejak dalam tempoh beberapa jam menyebabkan kawasan sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Presint 11 mengalami...
Olexs
Jenazah mangsa yang terlibat dalam nahas jalan raya berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini awal pagi tadi...
Olexs

[VIDEO] PGA pasang papan tanda amaran tidak guna laluan...

Pasukan Gerakan Am (PGA) memasang papan tanda amaran di beberapa pangkalan haram bersempadan dengan Malaysia-Thailand khususnya Sungai...
Nuraseekeen นูรอาซีกีน