Wings bakal adakan konsert, sasar lebih 7,000 penonton

Kumpulan rock legenda, Wings bakal mengadakan Konsert Wings The Rock Emperor- Kuala Lumpur Chapter pada 16 Disember ini.

Menurut vokalisnya, Datuk Awie, mereka juga akan mendendangkan sebuah lagu khas untuk rakyat Palestin pada konsert tersebut.

Jelasnya, konsert yang bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam akan menampilkan lebih 15 buah lagu termasuk lagu-lagu yang belum pernah dipersembahkan dalam mana-mana konsert mereka sebelum ini.

“Jadi kita minta semua doakan kesihatan kami dan Insha-Allah kami akan membuat persembahan secara bersungguh-sungguh. Kami juga teruja dengan pemilihan lagu yang tidak pernah kami nyanyikan. Kami memilih tema ‘The Rock Emporer’, bertepatan 40 tahun kami bertapak dalam industri muzik tempatan,” kata Awie.

Konsert berkenaan menyasarkan lebih 7,000 penonton.

Setakat ini, 80 peratus tiket telah terjual. – SELANJUTNYA

Terkini

TEKNOLOGI

Dating dalam talian akan berubah secara radikal

Nur Nilam Sari
DUNIA

Mayat lelaki Thailand yang melompat ke dalam Sungai Golok untuk melarikan diri daripada polis Malaysia ditemui

KESIHATAN

Diet lemak dan proten sudah diamalkan beribu-ribu tahun sebelum

KESIHATAN

Mengawal diabetes jenis 2

AGAMA

Adakah Fitrah ialah agama Islam itu sendiri?

Fokus

Tak tahu, Shuhada malas peduli pernikahan Hafidz, Athira

“Saya memang tidak tahu mengenai itu (berita perkahwinan) dan memang enggan ambil kisah.
Nur Nilam Sari

“Semua Orang Nak Cari Gaduh Dan Cakap Bukan –...

Sebuah video yang dimuat naik di aplikasi Tiktok yang memaparkan luahan rasa Ustaz Ebit Lew mendapat perhatian...
Nur Nilam Sari
Instafamous Nadira Isaac yang terpalit kontroversi memuat naik gambar seksinya bersama Pencetus Ummah (PU) Amin memohon maaf...
Nur Nilam Sari