back to top
Peristiwa menjadi pengajaran

👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

Piala Jerman: Kelab ‘kerdil’ tumbangkan Bayern Munich

[social-share align="left" style="icon" template="11" counters="1" buttons="facebook,facebook_like,twitter,print,mail,whatsapp,telegram"]

SAARBRUECKEN – Kelab bahagian tiga, Saarbruecken mencipta kejutan apabila menewaskan gergasi Bundesliga, Bayern Munich 2-1 pada aksi pusingan kedua Piala Jerman.

Pada aksi yang berlangsung di Ludwigsparkstadion itu, tuan rumah memperolehi gol kemenangan menerusi Marcel Gaus pada minit-minit akhir perlawanan sekali gus melengkapkan kebangkitan dramatik menewaskan juara bertahan bundesliga, Bayern Munich.

Bayern Munich bermula baik dengan membuka jaringan seawal minit ke-16 menerusi Thomas Muller sebelum Saarbruecken menyamakan kedudukan menerusi Patrick Sontheimer pada minit-minit terakhir separuh masa pertama.

Ketua jurulatih Bayern Munich, Thomas Tuchel membuat perubahan kepada pasukan berkenaan yang masih segar dengan kemenangan besar 8-0 ke atas Darmstadt baru-baru ini.

Beberapa pemain seperti Harry Kane, Kingsley Coman dan Jamal Musiala direhatkan bagi memberi peluang kepada pemain lain dan muka baharu, Frans Kraetzig memulakan perlawanan.

Sementara itu, pemain Bayern Munich, Thomas Muller berkata pasukannya mensia-siakan deretan peluang dan menyebabkan pasukan itu tewas.

Pemain Saarbruecken meraikannya kemenangan perlawanan bola sepak pusingan kedua Piala Jerman (DFB Pokal)

“Ini adalah kekalahan yang mengejutkan.

“kami tidak menjangkakan akan ditewaskan. Saya ucapkan tahniah kepada Saarbruecken atas semangat juang yang ditunjukkan mereka”, kata Muller.

Bayern Munich bakal melayani Borussia Dortmund Sabtu ini bagi mengukuhkan kedudukan pada perlawanan liga. – REUTERS

BACA juga:

⫻ Berkaitan

📠 Terkini

🔥 Popular

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah