[VIDEO] Bukan Islam perlu terbuka pelaksanaan Modul Hadis 40 Imam Nawawi

Masyarakat bukan Islam perlu berfikiran lebih terbuka terhadap pelaksanaan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah-sekolah seluruh negara.

Felo Kanan Majlis Profesor Negara Profesor Emeritus Datuk Teo Kok Seong berkata ini kerana ia sudah jelas bahawa modul berkenaan hanya disasarkan kepada pelajar dan guru beragama Islam, serta tidak [Video] Tidak Benar Pendidikan Islam di Sekolah Aliran Kebangsaan 4 Waktu Seharimengganggu gugat pemahaman murid bukan Islam.

“Ia begitu jelas bahawa hasrat kerajaan menggunakan modul itu untuk pelajar Islam dan mereka yang membantah ini seharusnya merujuk dahulu isi kandungan hadis itu kerana apa yang terkandung hanyalah ajaran al-Quran yang disabdakan kepada Rasulullah dan bukan ajaran tambahan yang dicipta sesuka hati.

“Kalau dirujuk, ajaran ini sudah wujud lama dan hanya menganjurkan perkara-perkara baik iaitu cinta sesama manusia, menganjurkan kecemerlangan Islam, membezakan yang baik serta buruk dan hal-hal sedemikian adalah untuk memupuk perwatakan insaniah yang lebih baik dalam kalangan murid dan pelajar Islam. Jadi adakah perkara begini kita nak tentang dan bantah,” katanya.

Kementerian Pendidikan (KPM) pada 19 Ogos lepas, melancarkan modul hadis itu bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah, antara lain untuk memupuk semangat kasih sayang, selain menerapkan kefahaman agama khususnya dalam kalangan pelajar serta guru beragama Islam.

Program rintis modul itu akan dilaksanakan di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara.

Walaupun telah dijelaskan bahawa pelaksanaan modul terbabit hanya kepada pelajar dan guru beragama Islam sahaja, namun ia telah menjadi polemik, terutama dalam kalangan penganut bukan Islam, sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi.

Antara yang mempertikaikan pelaksanaan modul itu ialah Parti Gerakan walaupun sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN) iaitu PAS menyokong pengenalan hadis itu di sekolah seluruh negara.

Teo berkata sekiranya modul berkenaan berjaya membina akhlak yang baik dalam kalangan murid Islam, ia secara tidak langsung memberi kesan kepada masyarakat bukan Islam sekali gus memakmurkan negara.

Beliau turut menyifatkan tindakan membantah pelaksanaan modul yang akan diperluas ke sekolah-sekolah di bawah KPM tahun depan itu, sebagai “tindakan cetek ilmu” kerana tidak mengenali masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum dan agama dengan baik.

“Ini memperlihatkan kita di Malaysia tidak mengenali satu sama lain dan apabila tidak kenal, faham, akan timbul perasaan curiga-mencurigai sehingga wujud bantahan seperti ini.

“Sebenarnya golongan bukan Islam tidak harus khuatir sebab di dalam Perlembagaan telah jelas berkenaan kebebasan beragama di negara ini dan semua agama boleh dianuti secara aman damai, jadi jangan cepat kita melatah sebaliknya kukuhkan proses pembentukan negara bangsa agar kita saling memahami,” katanya.

Sementara itu, ibu kepada dua cahaya mata, Jessica Jawing, 40, berkata beliau tidak mempunyai masalah modul hadis itu dilaksanakan di sekolah-sekolah KPM selagi mengikuti tujuan dan objektif yang sebenar.

“Kita hormati keputusannya namun sekolah termasuk guru-guru besar perlu pantau pelaksanaannya agar tiada guru yang memaksa murid atau pelajar bukan Islam mengikuti kelas itu.

“Ia bukanlah perkara yang boleh dipaksa dan tujuannya pun hanya untuk pelajar Islam,” katanya yang bekerja sebagai wartawan akhbar tempatan di Kuching, Sarawak.

Pada masa sama, wanita berbangsa Iban itu mencadangkan agar perkara berkenaan dijelaskan dengan lebih lanjut kepada pelajar bukan Islam di sekolah agar mereka tahu bahawa modul itu dikhususkan kepada pelajar Islam dan tidak berasa keliru bahawa ia adalah subjek baharu yang wajib diikuti semua.

“Kalau boleh, laksanakanlah kelas ini pada waktu yang berlainan, umpamanya selepas waktu sekolah kerana ini tidak akan mengundang kebimbangan ibu bapa pelajar yang lain,” katanya yang mempunyai anak Tingkatan Empat dan Tahun Tiga di sekolah di bawah KPM.

BACA juga ..

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN