[VIDEO] 3 kru kapal MT Pablo mungkin hanyut ke perairan Indonesia – APMM mohon bantuan BASARNAS

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memohon bantuan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS), Indonesia untuk mengesan tiga kru kapal MT Pablo yang masih hilang selepas kapal itu terbakar pada Isnin lepas.

Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata ia berikutan ada kemungkinan ketiga-tiga mangsa hanyut memasuki perairan Tanjung Pinang, Indonesia berdasarkan simulasi daripada Sistem Perancangan Optimal Mencari dan Menyelamat (SAROPS).

“Pihak Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru telah memaklumkan kepada pihak Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat (MRCC) Putrajaya untuk memohon bantuan daripada pihak BASARNAS,” katanya menerusi kenyataan malam ini.

Beliau berkata setakat ini pencarian dalam kapal tangki itu belum dimulakan berikutan penilaian masih menunjukkan keadaan kapal tidak selamat untuk Pasukan Khas Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT) dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memulakan operasi pencarian.

Bagaimanapun beliau berkata kapal KD Pendekar milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selaku Penyelaras di Tempat Kejadian (OSC) dan kapal MV Polaris dari Jabatan Laut Malaysia telah melakukan usaha semburan air di bahagian badan kapal tangki terbabit.

Nurul Hizam berkata pada masa sama usaha pencarian di laut turut dibantu sebuah bot ronda Pasukan Polis Marin dan dua bot ronda milik APMM dengan keluasan sektor pencarian adalah 393 batu nautika persegi.

Ketiga-tiga kru kapal terbabit dikenal pasti sebagai warganegara India iaitu Satyam Tripathi, 26, dan Dinesh Kumar Chauhan, 34, manakala seorang lagi warga Ukraine iaitu Sabit Shenderovskyi, 37.

Kapal tangki MT Pablo berdaftar di Gabon, Afrika terbakar kira-kira 50 peratus pada kedudukan 37.5 batu nautika timur laut Tanjung Sedili di Kota Tinggi pada 1 Mei lepas.

BACA juga:
1 maut kapal tangki MISC terbakar
Kontena terbakar di Pelabuhan Dubai
Bateri Vape Terbakar Dalam Penerbangan Malindo Air
Satu Daripada Penyimpanan Produk Perantaraan Petronas Di Kerteh Terbakar
5 cedera Pelantar minyak Tukau, Miri milik Petronas Carigali terbakar

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN