[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

PASIR PUTEH 26 Mac 2023 — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan empat bot dan 31 nelayan warga Vietnam kerana menangkap ikan secara haram di perairan negara menerusi dua operasi pada Isnin dan Rabu lepas.

Pengarah APMM Kelantan Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata pada Isnin, tangkapan pertama dilakukan pada 3.45 petang dan 4 petang, manakala pada Rabu tangkapan dibuat pada 8.45 pagi dan 10.57 pagi.

BACA juga: [VIDEO] APMM Kelantan tahan bot bersama 13 nelayan Vietnam

Katanya pada Isnin, semasa bot ronda APMM melaksanakan rondaan, dua bot nelayan Vietnam dikesan kira-kira pukul 3.45 petang dan 4 petang.

“Bot pertama dikendalikan oleh lima kru termasuk tekong manakala bot kedua dikendalikan oleh dua kru termasuk tekong.

“Kedua-dua bot ditahan pada jarak kira-kira 64 batu nautika dari Muara Tok Bali. Bot peronda mengambil masa lebih kurang 16 jam untuk mengiringi masuk kedua-dua bot ke Jeti Maritim Negeri Kelantan untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat APMM Kelantan, Tok Bali di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Syed Nor Adli berkata pada Rabu, Kapal Maritim (KM) Jujur telah menahan dua lagi bot nelayan Vietnam hasil maklumat yang disalurkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerusi pesawat yang melaksanakan rondaan.

Menurutnya, bot pertama ditahan pada jarak kira-kira 180 batu nautika dari Muara Tok Bali manakala bot kedua ditahan pada jarak 170 batu nautika dari muara yang sama.

“Bot pertama ditahan lebih kurang 8.45 pagi mempunyai seramai enam kru termasuk tekong warganegara Vietnam manakala bot kedua ditahan kira-kira 10.57 pagi dengan 18 kru termasuk tekong.

“KM Jujur mengambil masa lebih dua jam untuk menahan kedua-dua bot sebelum mengambil masa lebih 48 jam sebelum tiba di Jeti Maritim Negeri Kelantan pada 11.30 pagi Jumaat,” katanya.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati kesemua 31 kru termasuk tekong empat bot yang ditahan berusia dalam lingkungan 14 hingga 64 tahun tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985.

“Penahanan 31 kru warga Vietnam berkenaan telah membawa kepada rampasan empat bot termasuk peralatan navigasi, peralatan menangkap ikan, ikan lebih kurang 1,000 kilogram dan bekalan diesel kira-kira 9,200 liter dengan anggaran nilai RM4.2 juta.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan atau cuba menangkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia dan Seksyen 16 (3) akta yang sama kerana gagal memberitahu pegawai berkuasa melalui radio atau faksimile tentang nama negara, bendera, lokasi laluan dan destinasi vesel, dalam hal memasuki perairan perikanan Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Syed Nor Adli berkata APMM Kelantan telah melupuskan empat bot nelayan Vietnam yang telah dilucut hak oleh mahkamah secara penenggelaman untuk dijadikan tukun tiruan pada jarak 5.3 batu nautika dari Kuala Besar, Kota Bharu pada 21 Mac.

Menurutnya, kesemua bot yang ditenggelamkan merupakan bot yang telah ditahan dalam Op Naga Barat, Op Kuda Laut dan Op Damai pada 2021 dan 2022.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN