Tunggu laporan, ulas Anwar berkait penafian Muhyiddin beri kontrak pada menantu

Dakwaan bahawa bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin memberi  kontrak lumayan kepada menantunya tidak akan mendapat perhatian “kalau tidak benar”, kata Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, perdana menteri berkata, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa berkenaan menyiasat perkara itu sedalamnya dan menghantar laporan siasatan.

“Saya tidak fikir perkara ini dihebahkan begitu rupa kalau tidak benar. Ada kebenarannya, namun sejauh mana kita tidak tahu. Tunggu laporan.

“Tujuan kita untuk ‘stop this’ (hentikan ini). Mana-mana menteri tidak boleh kayakan anak atau menantu dia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rasminya.

VIDEO berkaitan:

Kelmarin, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh, menafikan terlibat dalam pemberian kontrak bernilai berbilion ringgit yang didakwa diberikan kepada menantu lelakinya, ketika berkuasa di Putrajaya.

Muhyiddin berkata, sewaktu menjadi perdana menteri, beliau sama sekali tidak terlibat dalam proses penganugerahan kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) kepada IRIS Corporation Berhad yang dijalankan secara tender terbuka.

Pada Khamis, dilaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat penganugerahan kontrak kepada menantu Muhyiddin, Adlan Berhan.

Adlan dinamakan dalam laporan media pada 2020. Beliau dikaitkan dan mungkin merupakan pemain utama dalam satu konsesi sistem imigresen.

Menurut laporan The Vibes, Adlan didakwa mempunyai kaitan dengan seorang daripada pendahulu projek itu, penyedia penyelesaian keselamatan S5 Holdings Inc.

Tetapi, Pengarah Urusan Kumpulan S5, Syed Mohammad Hafiz Jamalullail dipetik The Edge pada 2021 berkata, dalam kalangan hubungan politiknya, termasuk Adlan, tiada orang yang terbabit dalam S5.

Sistem itu dilapor dicadangkan Muhyiddin ketika menjadi menteri dalam negeri di bawah kerajaan Pakatan Harapan dari 2018 hingga 2020, selepas Sistem Kawalan Imigresen Nasional dibatalkan Muhyiddin akibat kos tinggi.

Kos NIIS dianggarkan sekitar RM1.2 bilion, kira-kira 66% kurang daripada kos projek terdahulu yang bernilai RM3.5 bilion.

Perolehan vaksin Covid-19 tidak ikut peraturan

Dalam perkembangan berasingan, Anwar berkata beliau menyerahkan kepada SPRM menyiasat dakwaan perolehan vaksin Covid-19 tidak mengikut peraturan.

“Itu serah pada badan penyiasat, SPRM dan lain-lain bukan urusan saya lagi. Yang saya beri itu hanya kenyataan disediakan oleh KKM (Kementerian Kesihatan) dan Jemaah Menteri mengambil perhatian.

Pada 8 Feb, Anwar berkata, ada sebahagian perolehan vaksin tidak mengikuti peraturan dan ditandatangani oleh menteri tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Ini bukan soal mana-mana menteri tertentu. Para menteri yang terlibat perlu menjawab atau jelaskan,” katanya.

Dalam maklum balas, bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin, menafikan dakwaan itu dengan menyatakan semua perolehan dibuat kerajaan ketika pentadbiran Perikatan Nasional (PN) dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

“Justeru, AGC akan mengetahui dan memberikan ulasan mereka. Perolehan ditandatangani oleh KKM,” katanya dalam mesej WhatsApp.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN