Rekod cemerlang kumpulan bukan jaminan TFC menang – Nafuzi

Status juara kumpulan dengan rekod tanpa kalah bukan jaminan buat skuad Terengganu FC (TFC) untuk menang ke atas Sarawak United FC malam esok.

Ketua jurulatih pasukan TFC Nafuzi Zain mengakui agak bimbang untuk berdepan naib juara Liga Premier musim ini dalam perlawanan suku akhir saingan Piala Malaysia yang berbeza bahang dan cabarannya.

Bagaimanapun, dengan bertemu lawan di hadapan penyokong sendiri, Nafuzi yang juga jurulatih paling muda Liga Super berharap agar anak buahnya dapat memanfaatkan kelebihan tersebut untuk mengumpul seberapa banyak gol sebagai bekalan selesa sebelum bertandang ke Bumi Kenyalang dalam perlawanan timbal balik 18 Nov ini.

“Daripada segi prestasi  peringkat kumpulan, anak buah saya telah mempamerkan persembahan cemerlang dengan menang dalam lima perlawanan dan seri ketika menentang Kuching City FC.

“Bagaimanapun tekanan di peringkat suku akhir berlainan kerana ia pusingan kalah mati. Apatah lagi jurulatih Ela (E. Elavarasan) yang saya tahu sentiasa menekankan disiplin tinggi sebagai persediaan untuk satu-satu perlawanan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Selain itu, Nafuzi turut mengingatkan anak buahnya supaya berwaspada dengan ancaman dua tonggak import Kenyalang Emas iaitu Sandro Da Silva dan Ucha Agra yang sentiasa menggusarkan lawan dengan siri serangan berbahaya.

Ia ditambah dengan disiplin bertahan Sarawak yang tinggi dan gandingan pemain sayap laju dan licik.

“Saya mahu pemain memberi sepenuh komitmen dan bermain mengikut perancangan supaya kita dapat catat keputusan positif dan kurangkan tekanan apabila bermain di tempat lawan,” katanya.

Katanya, Terengganu juga pasti tidak menurunkan tiga ‘ubi muda’ iaitu Nik Akif Syahiran Nik Mat, Hakimi Abdullah dan Azam Azmi Murad pada perlawanan pusingan kerana baru sahaja tamat menjalani tempoh kuarantin wajib selepas pulang bersama Skuad Kebangsaan Bawah 22 Tahun (B-22).

Terkini

TEKNOLOGI

Dating dalam talian akan berubah secara radikal

Nur Nilam Sari
DUNIA

Mayat lelaki Thailand yang melompat ke dalam Sungai Golok untuk melarikan diri daripada polis Malaysia ditemui

KESIHATAN

Diet lemak dan proten sudah diamalkan beribu-ribu tahun sebelum

KESIHATAN

Mengawal diabetes jenis 2

AGAMA

Adakah Fitrah ialah agama Islam itu sendiri?

Fokus

Timor-Leste hampir calar maruah Harimau Malaya di laman sendiri

Malaysia nyaris dimalukan pasukan kerdil Timor-Leste selepas bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan 3-2 pada perlawanan kedua...
Nuraseekeen นูรอาซีกีน

Kontrak baharu Salah gembirakan Liverpool

Liverpool mendapat tonik terbaik bagi mengekalkan rekod bersih dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini selepas...
Olexs

EPL: Salah selamatkan maruah Liverpool

Liverpool terus berpaksikan kepada kualiti Mohamed Salah yang menyumbangkan dua gol untuk memastikan kemenangan 3-2 ke atas...
Olexs