Jual makanan RM1 sejak 2011

KOTA BHARU – Seorang peniaga kedai makan masih menetapkan harga makanan di gerainya sejak tahun 2011 apabila semua hida­ngan dijual pada harga RM1.

Wan Hazimi Wan Hamat, 53, menetapkan harga tersebut untuk hidangan bubur nasi, mi dan kuetiau goreng atau sup di ge­rainya di Kampung Sungai Budor di sini.

Selain makanan, aneka pemanis mulut seperti pengat pisang, bubur kacang, bubur ja­gung, pulut hitam dan air batu campur turut dijual pada harga sama.

Menurut Wan Hazimi, perniagaan kedai makannya itu turut dibantu isteri, Roziran Hassan 49, dan anak, Wan Nor Fazlin Hani, 26, bermula pada pukul 11.30 pagi hingga 6.30 petang setiap Ahad hingga Khamis.

Ujarnya, dia mula berniaga sejak 20 tahun lalu dan me­netapkan harga 50 sen sepinggan makanan ketika itu, namun telah menaikkan kepada RM1 bermula 2011 lalu.

“Harga terpaksa dinaikkan sedikit kerana kos barangan meningkat, namun kualiti dan rasa tetap sama. Berniaga pada harga RM1 tidak memperoleh untung yang tinggi, tetapi kuantiti makanan dapat dijual banyak.

“Kedai saya terletak agak tersorok di kampung ini dan di celah-celah rumah penduduk. Kebanyakan pelanggan dan ­penduduk menggelarkan premis ini sebagai ‘kedai pelangi’ kerana terdapat lukisan pelangi di sini,” katanya ketika ditemui ­pemberi­ta di premisnya di sini semalam.

Wan Hazimi memberitahu, dia tidak menang tangan sejak kerajaan membenarkan rentas negeri hampir sebulan lalu apabila ramai pelanggan dari luar Kelantan berkunjung ke gerainya.

Ujarnya, dengan keadaan ekonomi dan kenaikan kos barangan ketika ini, dia tidak berhasrat untuk menaikkan harga makanan di gerainya meskipun mengakui agak terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan baru-baru ini.

Sementara itu, seorang pe­langgan, Nazira Ibrahim, 41, berkata, dia kerap datang ke kedai makan itu disebabkan harga murah selain hidangan makanannya yang sedap.

Katanya, dia hanya perlu membawa wang sebanyak RM10 hingga RM20 untuk membeli hidangan makanan untuk lima orang ahli keluarganya di rumah.

Terkini

TEKNOLOGI

Dating dalam talian akan berubah secara radikal

Nur Nilam Sari
DUNIA

Mayat lelaki Thailand yang melompat ke dalam Sungai Golok untuk melarikan diri daripada polis Malaysia ditemui

KESIHATAN

Diet lemak dan proten sudah diamalkan beribu-ribu tahun sebelum

KESIHATAN

Mengawal diabetes jenis 2

AGAMA

Adakah Fitrah ialah agama Islam itu sendiri?

Fokus

Berkebun adalah hobi yang menyeronokkan dan baik untuk kesihatan...

Berkebun adalah hobi yang menyeronokkan dan baik untuk kesihatan anda. Berikut adalah beberapa manfaat dan tips berkebun
Olexs

Memilih alat memasak sihat

Dengan mengutamakan alat memasak yang menggalakkan amalan memasak yang selamat, anda boleh membantu melindungi diri anda dan...
Olexs
Mukim Kerling, Selangor mencatatkan jumlah penduduk berusia 65 tahun ke atas paling ramai berdasarkan statistik Banci Malaysia...
Olexs