Pemborong sengaja `main’ harga ayam?

Bukan nak dengar alasan, KPDNHEP kena bertindak untuk menstabilkan harga ayam. Ini lah akibatnya menteri sibuk berpolitik.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Selangor mengeluarkan sejumlah 10 notis kepada peladang, pengeluar dan pemborong ayam sehingga semalam.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, notis itu dikeluarkan selepas pihaknya membuat pemeriksaan di lima premis membabitkan peladang, pengeluar dan pemborong menerusi Ops Catut 8.0 bermula 1 April lalu.

Pada masa sama katanya, hasil pemantauan dan analisa, pihaknya mendapati terdapat kenaikan harga Ayam Standard di semua premis bermula minggu kedua April.

“Semalam, harga ayam tertinggi adalah di sebuah pasar awam di Rawang iaitu RM9 hingga RM10 / sekilogram (kg), manakala harga terendah di sebuah pasar di Selayang iaitu RM 7.60/kg hingga RM8.90/kg.

“Bagi pasar raya besar atau pasar raya pula, harga tertinggi adalah RM7.49/kg hingga 8.79/kg iaitu sebuah pasaraya di USJ, manakala harga terendah di sebuah pasar raya di Seksyen 13 adalah RM5.99/kg.

“Hasil pemantauan mendapati, peniaga menyatakan kenaikan harga ayam berlaku di peringkat borong dan juga disebabkan oleh kenaikan harga makanan ayam di pasaran,” katanya semalam.

Dalam pada itu katanya, KPDNHEP Selangor sudah menggerakkan 200 pegawai penguatkuasa bagi melakukan pemeriksaan dan pemantauan melalui Ops PANTAU terhadap bazar Ramadhan, bazar/ekspo Aidilfitri, pasar pagi / pasar tani / pasar awam, kompleks membeli belah / pasar raya, pemborong dan peruncit barangan keperluan.

“Operasi membabitkan sembilan daerah di seluruh Selangor yang bermula April hingga Mei depan ini bertujuan memastikan barangan keperluan pengguna mencukupi serta peniaga mematuhi kehendak dan keperluan undang-undang yang ditetapkan oleh KPDNHEP.

“KPDNHEP SELANGOR juga ingin memastikan tidak berlaku kenaikan harga barangan keperluan secara mendadak berikutan permintaan yang meningkat oleh pengguna.

“Ia juga bagi mencegah penindasan oleh peniaga terhadap manipulasi harga atau unsur-unsur pengambilan keuntungan yang tidak munasabah melalui peluang ketika rakyat berpusu-pusu untuk mencari barangan keperluan untuk menyambut Ramadhan dan Syawal,” katanya.

Beliau berkata, bermula 1 April hingga 17 April lalu, KPDNHEP Selangor menjalankan pemeriksaan ke atas 4,064 premis dan gerai jualan.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati terdapat segelintir peniaga yang masih ingkar dalam membuat penandaan harga ke atas barangan jualan terutamanya di bazar-bazar dan juga pasar-pasar awam .

“Pihak KPDNHEP sudah mengambil tindakan ke atas peniaga yang ingkar di mana sejumlah 11 kes membabitkan kesalahan penandaan harga bagi tempoh yang sama.

“KPDNHEP turut meninjau keberadaan bekalan barangan keperluan asas pengguna seperti beras, gula, tepung gandum, minyak masak, ayam, daging, ikan, sayur-sayuran, roti, pelitup muka, handsanitizer serta barangan kering yang lain masih mencukupi dan mudah untuk diperolehi di pasaran,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

Hab helikopter Weststar di Melaka majukan industri aeroangkasa negara

Tarif: Trump tarik brek, saham AS melonjak; Bursa Malaysia melonjak 65 mata

Harga emas melonjak 3%, catat kenaikan terbesar dalam tempoh setahun setengah

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN