back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
Peristiwa menjadi pengajaran
More
    Peristiwa menjadi pengajaran
    šŸ“‚

    šŸ‘³ā€ā™€ļø Pak Din @ pakdin.my

    PM ke-9: Persefahaman BN-PN lebih utuh, kata Ahli Parlimen Bersatu

    [social-share align="left" style="icon" template="11" counters="1" buttons="facebook,facebook_like,twitter,print,mail,whatsapp,telegram"]

    Persefahaman antara Perikatan Nasional (PN) dengan Barisan Nasional (BN) khususnya dari UMNO disifatkan lebih utuh, berbanding ketika menjadi kerajaan sebelum ini, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Kamarudin Jaffar.

    Jelas beliau, perkara itu diterjemah menerusiĀ persetujuan yang konsesus oleh Bersatu, PAS dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) untuk menyokong BN, yang menamakan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.

    Mengakui percakaran dan tiadaĀ kesefahaman antara parti menjadi punca kejatuhan PN, beliau berharap perkara sama tidakĀ berulang sekiranya calon daripada BN dipilih sebagai Perdana Menteri yang baharu.

    ā€œKali ini, UMNO diberikan amanah sepenuhnya sebagai calon Perdana Menteri dan PN seperti yang di umumkan Pengerusi (Tan Sri Muhyiddin Yassin) akan menyokong secara bersyarat.

    ā€œPunca kejatuhan PN sebelum ini, harus dijadikan sebagai teladan supaya tidak terjadi lagi…jika terjadi lagi, saya risau akanĀ memberi tekanan kepada rakyat dan seterusnya mereka akan menghukum (Ahli Parlimen) dalam PRU (pilihan raya umum) nanti,ā€ katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu jemputan secara maya dalam program ā€˜Malaysia Petang Ini: PN Kembali?’ terbitan Bernama TV yang disiarkan petang tadi.

    Hari ini, Ahli Parlimen BN dan PN dipanggilĀ ke Istana Negara, bagi mengesahkan akuan bersumpahĀ yang menyatakan sokongan mereka kepada Ahli Parlimen yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri kesembilan.

    Pada 16 Ogos lepas, Muhyiddin secara rasmi melepaskan jawatan sebagai Perdana MenteriĀ selepas kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat dan kini menjadi Perdana Menteri Sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk.

    KamarudinĀ yang juga Ahli Parlimen daripada Bersatu menjelaskan, syarat yang ditetapkan oleh PN iaitu Ahli Jemaah Menteri yang bakal dilantik mesti terdiri daripada mereka yang berintegriti, beramanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah, mesti dipatuhi.

    Katanya, syarat itu bagi memastikanĀ amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa diteruskan dan tidak melibatkan pentadbiran yang berpaksikan soal kepartian atau isu-isu peribadi semata-mata.

    — BERNAMA

    Bookmarked post

    [social-share align="left" style="icon" template="11" counters="1" buttons="facebook,facebook_like,twitter,print,mail,whatsapp,telegram"]

    ā«» Berkaitan

    šŸ“  Terkini

    šŸ”„ Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah