Isu Pihak ROS Tidak Berbangkit, Wujud ‘Legitimate Expectation’ ROS Perakukan Penangguhan Pemilihan – Ahmad Maslan

UMNO menegaskan bahawa berdasarkan rentetan kronologi surat menyurat di antara pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan UMNO, maka, telah wujud satu harapan yang sah (legitimate expectation) oleh pihak UMNO ke atas pihak ROS untuk memperakukan penangguhan pemilihan parti.

Demikian kata, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam sidang media yang berlangsung secara maya berhubung isu yang dibangkitkan ROS semalam iaitu mengenai keputusan berhubung penangguhan pemilihan Majlis Kerja Tertinggi (MKT), bahagian dan cawangan Pertubuhan UMNO.

Sehubungan itu katanya, UMNO berharap agar dengan penjelasan ini, maka, polemik di antara UMNO dan ROS dapat diselesaikan.

“Tambahan lagi, dengan kes COVID-19 yang tinggi mencecah sekitar 20,000 kes sehari menambah lagi kesukaran untuk mesyuarat perwakilan dan pemilihan diadakan dengan penglibatan 3.3 juta orang ahli UMNO dan 66,287 jumlah mesyuarat perwakilan UMNO di seluruh negara,” katanya.

Berikut adalah penjelasan UMNO berkaitan hal terbabit:

Dimaklumkan bahawa mesyuarat MKT secara bersemuka yang diadakan di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU), Janda Baik, Bentong, Pahang bertarikh 19 Februari 2021 telah mengadakan perbincangan dan menetapkan untuk menangguhkan pemilihan UMNO.

Dimaklumkan juga bahawa dalam Mesyuarat MKT secara bersemuka pada 25 April 2021 di Aras 39, Menara Dato Onn, MKT telah membuat keputusan untuk merujuk kepada pihak ROS dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mendapatkan pandangan berkenaan menjalankan mesyuarat dan pemilihan parti dalam suasana pandemik COVID-19 di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, UMNO telah mempertimbangkan pandangan yang diberikan oleh pihak ROS melalui surat bertarikh 2 Jun 2021 (Rujukan: PPM/WKL 251/88 JLD. 10(19)), surat daripada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia bertarikh 10 Mei 2021 (Rujukan: 600-29/4/146 Jld 13(10)) dan surat daripada Timbalan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara bertarikh 11 Jun 2021 (Rujukan: MKN.(R).8.700-5/27 Jld 31).

MKN dan KKM telah mengesyorkan bahawa sekiranya pemilihan secara maya adalah tidak dapat dilaksanakan, maka penangguhan patut dibuat untuk mengekang penularan wabak COVID-19. Pandangan pihak ROS, MKN dan KKM telahpun dimaklumkan kepada Ahli-Ahli Majlis Kerja Tertinggi.

Seperti pihak ROS sedia maklum, MKT telahpun membuat keputusan menangguhkan pemilihan untuk tempoh 18 bulan selaras dengan Fasal 10.16 Perlembagaan UMNO melalui surat UMNO kepada pihak ROS bertarikh 24 Jun 2021 (Rujukan: UMNO/R/SUA/ROS/2012-17). MKT telah membuat keputusan secara majoriti melalui resolusi pekeliling dan dalam menjalankan kuasanya menurut Fasal 10.16 yang bersetuju untuk menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan bermula 30 Jun 2021.

Perlembagaan UMNO tidak menyebut secara khusus berkenaan dengan kaedah untuk MKT membuat sesuatu keputusan. Oleh itu, keputusan MKT telah dibuat berdasarkan suara majoriti. 52 daripada 56 Ahli MKT telah bersetuju agar pemilihan parti ditangguhkan. Pada bulan Jun 2021, mesyuarat MKT secara bersemuka tidak dapat diadakan kerana perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh atau total lockdown akibat pandemik COVID- 19.

Pihak ROS juga telah memperakui penerimaan surat UMNO bertarikh 24 Jun 2021 melalui surat ROS bertarikh 19 Julai 2021 (Rujukan: PPM/WKL 251/88 JLD.10(25)) yang antara lain telah menyatakan bahawa pihak ROS tidak mempunyai halangan terhadap penangguhan pemilihan parti UMNO dan keputusan ini adalah mematuhi Fasal 10.16 Perlembagaan UMNO.

Keputusan mesyuarat MKT pada 7 Julai 2021 yang dimaklumkan kepada pihak ROS melalui surat UMNO bertarikh 30 Julai 2021 (Rujukan: UMNO/R/SUA/ROS/2021-18) hanyalah untuk mengesahkan keputusan MKT yang dibuat terlebih awal melalui resolusi pekeliling pada 18 Jun 2021.

Pentafsiran yang diberikan oleh Peguamcara UMNO terhadap Fasal 10.16 Perlembagaan UMNO adalah dengan jelas menyatakan bahawa penangguhan pemilihan UMNO adalah kuasa mutlak MKT dan oleh sebab itu, UMNO hanya perlu memaklumkan kepada pihak ROS.

Sehubungan dengan itu, isu yang dibangkitkan oleh pihak ROS pada surat bertarikh 6 Ogos 2021 yang berpandangan bahawa tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun 2021 adalah tidak lagi berbangkit. – UMNO Online

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN