KPT rancang tambah 19 lagi PPV IPT – Noraini

JOHOR BAHRU  — Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang merancang untuk menambah 19 lagi Pusat Pemberian Vaksin Institusi Pengajian Tinggi (PPV IPT) dalam usaha membantu negara mencapai imuniti kelompok dengan lebih pantas.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata ketika ini 26 PPV IPT telah beroperasi di seluruh negara dan penambahan itu akan menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 45 PPV IPT.

“KPT akan terus komited untuk membantu Pelan Pemulihan Negara sebagai strategi peralihan keluar secara berfasa daripada kemelut pandemik COVID-19.

“Ketika ini, PPV IPT yang telah beroperasi mempunyai kapasiti 25,400 dos vaksin sehari dan sehingga 21 Jun lepas, seramai 200,016 orang telah menerima vaksin,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut kenyataan itu, Noraini turut menerima kunjungan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ke program rintis PPV Bergerak, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dekat Batu Pahat, hari ini.

Noraini berkata PPV yang digerakkan sejak dua minggu lepas itu berperanan dalam memberikan akses vaksinasi dengan lebih meluas kepada masyarakat luar bandar.

“Selain HCTM, semalam PPV IPT Unimas telah berjaya mencatatkan rekod iaitu 5,584 penerima vaksin sehari. Secara keseluruhan sejumlah 37,758 penerima telah menerima vaksin di PPV berkenaan sejak ia beroperasi pada 10 hari lepas,” katanya.

Beliau berkata pada Isnin depan sebuah lagi PPV IPT akan dibuka di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang boleh menerima kapasiti seramai 3,000 penerima vaksin sehari, selain mampu memberi manfaat kepada penduduk terutamanya di Negeri Sembilan.

— BERNAMA

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN