Pendirian daftar Perikatan Nasional, PAS jelaskan malam ini, kata Zahid Hamidi

SLIM RIVER — Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menjelaskan pendirian parti itu yang berada dalam jawatankuasa penaja bersama Bersatu untuk mendaftarkan Perikatan Nasional (PN).

Ahmad Zahid berkata beliau dijangka mengadakan pertemuan dengan Abdul Hadi di Slim River di sini, pada 9 ini esok sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

“Sebagaimana yang diketahui, kini PAS telah bersama-sama dengan Bersatu untuk mendaftarkan partinya sebagai gabungan rasmi dalam PN dan ini akan diperjelaskan esok.

“Tentunya ada mesej tertentu di mana Muafakat Nasional akan terus diperkasa dan diperkukuhkan, bukan hanya Umno dan PAS tetapi kita menggunakan pendekatan yang mana parti-parti komponen BN tetap bersama,” katanya kepada pemberita pada Program Ziarah Kasih di Felda Gunung Besout 2 dekat sini, hari ini.

Rabu lepas, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan parti itu berada dalam jawatankuasa penaja bersama Bersatu untuk mendaftarkan PN.

Sebelum ini, Umno membuat keputusan untuk tidak menyertai PN tetapi menyokong kerajaan PN berlandaskan sokongan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Umno dan BN dalam pembentukan kerajaan pusat dan beberapa kerajaan negeri.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata beliau telah meminta Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin untuk mengadakan pertemuan secara menyeluruh dengan semua pihak bagi menyelesaikan pertikaian dalam kalangan kepimpinan parti di negeri itu.

“Saya tidak nampak ada permasalahan kerana mungkin ada perbezaan pendapat tetapi saya sudah minta Datuk Seri Bung Mokhtar untuk melakukan penglibatan dengan semua pihak dalam parti supaya kemenangan (Pilihan Raya Negeri Sabah) memihak kepada kita.

“Hari ini, ada mesyuarat Badan Perhubungan Umno Sabah dan saya akan mendapatkan maklum balas daripada beliau esok mengenai beberapa tindakan bersama yang akan kita lakukan bagi memenangkan semua calon-calon BN,” katanya.

Beberapa pemimpin Umno Sabah sebelum ini tidak bersetuju dengan pelantikan Bung Moktar dalam mengetuai jentera BN menghadapi PRN Sabah kerana mempunyai kes di mahkamah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Sept ini sebagai tarikh Pilihan Raya Negeri Sabah, penamaan calon pada 12 Sept manakala pengundian awal pada 22 September. — Bernama

BACA JUGA:
PPBM Sertai Sekretariat MN Bersama Umno, PAS, Kata Annuar
Apa Kebaikan Penubuhan PN Kepada UMNO dan BN?
Muafakat Nasional & Perikatan Nasional: Apa Yang Kita Tahu (Setakat Ini)

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023