Kluster Sivagangga: 139 tabika, taska Kemas ditutup sementara di Kedah

Sebanyak 139 taman bimbingan kanak-kanak (tabika) termasuk empat taman asuhan kanak-kanak (taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di empat daerah di Kedah ditutup sementara setakat ini berikutan penularan kes Covid-19 melibatkan kluster Sivagangga.

Ketua Pengarah Kemas Datuk Mohd Yasid Bidin berkata daripada jumlah berkenaan, 121 tabika dan dua taska berada di daerah Kubang Pasu, lapan tabika dan dua taska (Padang Terap), satu tabika (Kulim Bandar Baharu) dan lima tabika di Kuala Kedah.

“Ia membabitkan seramai 2,747 kanak-kanak di tabika dan taska. Jadi tujuan kita tutup sementara ini sebagai langkah awal pencegahan untuk mengelak daripada penularan pandemik Covid-19.

“Proses sanitasi juga turut dilakukan di semua tabika dan taska dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Meraikan Sukarelawan Penyediaan set peralatan perlindungan diri (PPE) Kemas Negeri Sembilan di sini yang turut dihadiri Pengarah Kemas Negeri Sembilan Muhamad Abu Bakar.

Mengulas lanjut, Mohd Yasid berkata setakat ini belum ada kes direkodkan membabitkan kanak-kanak di bawah tabika dan taska Kemas.

“Di Kedah kita mempunyai sebanyak 800 tabika dan taska, tapi taska tak banyak. Sebenarnya tabika dan taska kita selamat cuma kita tutup untuk cegah Covid-19,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 88,210 pasang PPE telah dihasilkan membabitkan seramai 537 kakitangan Kemas dan 1,006 sukarelawan di seluruh negara sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan 18 Mac lepas sehingga hari ini.

Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 2,452 set PPE dihasilkan di Negeri Sembilan bagi tempoh yang sama. — Bernama

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN