Thailand rekod 100 hari tanpa jangkitan tempatan

BANGKOK: Thailand mencatatkan sifar kes baharu tempatan COVID-19 bagi hari ke-100 berturut-turut.

Perdana Menteri, Jeneral Prayuth Chan o-cha, berkata kerjasama rakyat telah membantu mengekang penularan pandemik COVID-19 di negara itu dan ‘mengekalkan negara yang selamat’.

“Saya berharap rakyat akan terus memberi kerjasama untuk mencegah gelombang kedua COVID-19… jika ia berulang, rakyat akan kembali sengsara,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pentadbiran Situasi Ekonomi mengenai pandemik COVID-19 di rumah kerajaan di sini, semalam.

Thailand, negara pertama di luar China yang melaporkan kes COVID-19 pada Januari lalu, mengesahkan terdapat 3,425 kes dengan 58 kematian manakala 93 pesakit masih dirawat di hospital setakat ini.

Seperti Taiwan dan New Zealand, negara lain yang berjaya melepasi 100 hari sebelum jangkitan tempatan muncul kembali, kejayaan Thailand memerangi COVID-19 disebabkan penutupan pintu masuknya sejak 3 April, iaitu hanya rakyat Thailand yang dibenar pulang ke negara itu serta diplomat dan pemegang permit kerja.

Sejak 1 Julai, Thailand bersetuju membenarkan warga asing yang terpilih termasuk pelancong perubatan dan pekerja migran dari negara jiran dalam sektor infrastruktur dan industri makanan memasuki negara berkenaan.

Larangan kemasukan pelancong asing telah menjejaskan industri pelancongan negara itu. Thailand dijangka hanya menerima kedatangan 8 juta pelancong asing tahun ini berbanding 39.8 juta pelancong pada tahun 2019.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Tanarak Pipat berkata Thailand telah memperketat penguatkuasaannya di 10 wilayah sepanjang sempadan Thailand – Myanmar kerana bimbang ancaman gelombang kedua COVID-19 berikutan peningkatan kes di Myanmar.

“Kita mesti berhenti mengambil pekerja migran secara haram untuk menghalang penularan gelombang kedua pandemik COVID-19,” katanya.

Dalam tempoh 24 jam lalu, Thailand merekodkan lapan kes baharu COVID-19 termasuk empat daripada satu keluarga warga Amerika Syarikat berusia lingkungan 12 hingga 49 tahun.

Empat lagi pesakit baharu adalah rakyat Thailand iaitu dua wanita dan dua lelaki yang pulang dari luar negara. – AGENSI

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Lelaki dari Narathiwat ditembak mati di Yala

Kerajaan Uttarakhand, India tutup Lebih 50 Madrasah ‘haram’ dalam dua minggu

Serangan ke atas penduduk Buddha Thai di Kampung Chang Tor, Narathiwat

Letupan bom berhampiran flat kediaman polis di Kok Kian, Narathiwat

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN