PPSMI: Guan Eng Keliru Tentang Rancangan Dr Mahathir

Diminta mengulas lanjut perkata tersebut, setiausaha agung DAP itu berkata beliau tidak pasti mengenai apa yang sebenarnya dinyatakan Mahathir.

(Malaysiakini) – Rancangan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan semula pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) terus mendapat kritikan.

Dan persoalan sama ada ia dibincangkan dalam mesyuarat kabinet bersama jemaah menteri juga turut dibangkitkan.

Mengulas persoalan itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata cadangan mengenai melaksanaan semula PPSMI memang ada dibangkitkan dalam mesyuarat kabinet.

Ditanya bilakah hal itu dibangkitkan, Lim memberitahu, ia berlaku “beberapa ketika dulu”.

Bagaimanapun, diminta mengulas lanjut perkata tersebut, setiausaha agung DAP itu berkata beliau tidak pasti mengenai apa yang sebenarnya dinyatakan Mahathir.

“Adakah dia menyebut mengenai PPSMI? Saya perlu semak (perkara tersebut), kerana laporan itu boleh jadi salah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek menaik taraf Terminal Kapal Persiaran Swettenham Pier (SPCT) di George Town, Pulau Pinang, hari ini.

Hadi sama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; dan Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Jeffrey Chew.

Lim berkata demikian sebagai mengulas rakaman video kenyataan dibuat Mahathir berkenaan perkara itu, yang dimuat naik di YouTube rasminya kelmarin.

Perdana menteri semasa mesyuarat khas bersama Kumpulan Pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya menekankan tentang perlunya menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek Sains dan Matematik.

Mahathir yang juga pemangku menteri pendidikan berkata, langkah itu sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris dan penguasaan bahasa itu dalam sistem pendidikan negara.

Mengulas lanjut, Lim berkata DAP memberikan pilihan kepada ibu bapa untuk membuat keputusan mengenai pelaksanaan semula PPSMI.

“Saya yakin cadangan perdana menteri itu bertujuan memperkuat pengajaran Sains dan Matematik.

“Bagaimanapun, kita akan bincangkan perkara itu lagi dalam kabinet,” kata Lim.

Dasar PPSMI yang diperkenalkan pada 2003 tetapi digantikan dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) secara berperingkat mulai 2010.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN