#Coronavirus: China gesa pengantin tangguh majlis kahwin

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

BEIJING: Pemerintah China meminta pasangan pengantin menangguhkan majlis perkahwinan mereka pada 2 Feb, satu tarikh yang popular, selain menasihatkan keluarga mengadakan upacara pengebumian secara kecil-kecilan dan cepat bagi membantu memperlahankan penularan virus korona yang sedang melanda negara itu.

Rayuan itu dibuat ketika jumlah kematian akibat virus baru itu meningkat kepada 259 dengan jumlah kes menghampiri 12,000 orang di seluruh negara.

Kementerian Ehwal Awam China dalam satu kenyataan menyatakan, mana-mana pendaftaran perkahwinan yang dirancang pada 2 Februari dinasihatkan dibatalkan berikutan situasi meruncing sekarang ini.

Tarikh 2 Feb dikatakan bertuah untuk mengadakan majlis perkahwinan berikutan kedudukan angka “02022020” memberikan nombor sama jika diterbalikkan.

Beijing, Shanghai dan bandar-bandar lain sebelum ini menawarkan perkhidmatan pendaftaran perkahwinan pada tarikh berkenaan meskipun pejabat selalunya tutup pada Ahad.

Kementerian itu menyatakan ia akan menghentikan buat sementara khidmat kaunseling perkahwinan, dan menasihatkan orang ramai supaya tidak mengadakan majlis perkahwinan.

“Majlis pengebumian juga perlu diadakan dengan mudah dan cepat bagi mengelak orang berhimpun, manakala mayat mangsa virus korona perlu diuruskan secara kaedah pembakaran secepat mungkin.

“Kakitangan pengendali pengebumian diingatkan memakai alat perlindungan diri dan melakukan pemeriksaan suhu bagi mengelak risiko jangkitan,” kata kenyataan itu.

Dalam perkembangan terkini, China secara drastik menguatkuasakan sekatan perjalanan dan menangguhkan cuti Tahun Baru China berikutan jutaan orang tiba yang membuat kujungan di merata negara itu sebagai usaha membendung virus tersebut.

Sekolah dan universiti di seluruh negara juga diarah tidak memulakan kelas, manakala operasi kilang digesa ditangguhkan serta orang ramai diminta mengelakkan perhimpunan beramai-ramai.

Pegawai di Hubei hari ini mengumumkan mereka menangguhkan semua pendaftaran perkahwinan dari Isnin hingga diberitahu kelak.

– Agensi Berita/SU/ur

spot_img